Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat49Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46'Tindakan kamu merompak mangsa yang cedera jatuh longkang dan mati, amat keterlaluan' - Hakim4429 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen44General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry40Trump says he will not attack before US elections in November40General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi37Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts37General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon37Penganggur dipenjara 15 tahun bunuh rakan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kenaikan gaji mesti seiring peningkatan kemahiran – MBM

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:31 MYTLatest activity 9 Oct, 12:31BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Penanda aras gaji kehidupan wajar kira-kira RM3,100 wajar diberi perhatian, khususnya susulan tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai belia yang baru memasuki alam pekerjaan. (Berita Harian, 12:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kenaikan gaji mesti seiring peningkatan kemahiran – MBM

By Ercy Gracella Ajos · 9 Oct, 12:31 MYT

KUALA LUMPUR: Penanda aras gaji kehidupan wajar kira-kira RM3,100 wajar diberi perhatian, khususnya susulan tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai belia yang baru memasuki alam pekerjaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata angka berkenaan perlu dibezakan daripada kadar gaji minimum dan tidak bermaksud kerajaan perlu terus menetapkannya sebagai gaji minimum kepada semua majikan.

Sebaliknya, beliau berkata, RM3,100 boleh dijadikan penanda aras serta aspirasi bagi memastikan pendapatan rakyat secara berperingkat bergerak ke arah tahap kehidupan yang lebih baik.

"Bagi MBM, kita mahu melihat pendekatan yang seimbang. Di satu pihak, kita tidak boleh mengabaikan tekanan kos sara hidup dan keperluan belia untuk memperoleh pendapatan munasabah.

"Pada masa sama, kita perlu memastikan peningkatan gaji disokong peningkatan kemahiran, produktiviti dan nilai pekerjaan supaya ia berlaku secara mampan," katanya kepada BH.

Terdahulu, BH melaporkan individu bujang yang tinggal di Kuala Lumpur dianggar memerlukan gaji kehidupan wajar kira-kira RM3,100 sebulan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan pada tahap munasabah.

Ini berdasarkan anggaran inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) 2026 yang mengambil kira perubahan kos hidup.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Fraziali Ismail, dilaporkan berkata angka itu bukan pengiraan baharu yang muktamad, sebaliknya berdasarkan kadar sekitar RM2,700 yang pernah dihitung bagi individu bujang di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu, sebelum disesuaikan secara kasar dengan perubahan inflasi.

Mohd Izzat Afifi berkata, kenaikan gaji tanpa peningkatan produktiviti dan nilai tambah pekerjaan boleh memberi tekanan kepada perusahaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Jika kos buruh meningkat tetapi produktiviti dan nilai tambah tidak bergerak seiring, ia boleh memberi tekanan kepada PKS dan akhirnya memberi kesan kepada peluang pekerjaan serta kos barang dan perkhidmatan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pelaburan dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), kemahiran digital, kecerdasan buatan (AI), automasi serta peningkatan kemahiran sepanjang hayat perlu diperkasa bagi memastikan belia mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi dalam pasaran pekerjaan.

"Apabila anak muda mempunyai kemahiran lebih tinggi dan mampu menghasilkan nilai tambah lebih besar, pasaran pekerjaan juga sepatutnya memberi ganjaran melalui gaji yang lebih baik.

"Pada masa sama, kita tidak boleh meletakkan seluruh tanggungjawab kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran. Majikan juga perlu memainkan peranan menyediakan latihan, laluan kerjaya dan struktur gaji yang lebih baik," katanya.

Mohd Izzat Afifi berkata, kerajaan pula perlu terus menyediakan ekosistem yang menyokong peningkatan produktiviti dan kemahiran bagi membantu mewujudkan pasaran pekerjaan yang menawarkan pendapatan lebih baik.

"Pendirian MBM ialah RM3,100 boleh dijadikan aspirasi dan penanda aras, tetapi tidak semestinya terus dijadikan kadar gaji minimum secara menyeluruh.

"Kerajaan perlu terus mengkaji kadar gaji minimum berdasarkan keadaan ekonomi, manakala majikan dan pekerja perlu bergerak bersama dalam meningkatkan produktiviti dan kemahiran," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:0015:00
Latest 15:22 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 12:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.