
‘Kerbau sado siapa muncul di Eco Grandeur pukul 1 pagi?’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Kemunculan seekor kerbau bersaiz besar di kawasan Eco Grandeur pada awal pagi mencuri perhatian pengguna media sosial apabila haiwan itu dilihat berdiri tenang di tepi jalan dalam suasana gelap. (Kosmo!, 10:37)
Read the reporting
1 report
‘Kerbau sado siapa muncul di Eco Grandeur pukul 1 pagi?’
PETALING JAYA – Kemunculan seekor kerbau bersaiz besar di kawasan Eco Grandeur pada awal pagi mencuri perhatian pengguna media sosial apabila haiwan itu dilihat berdiri tenang di tepi jalan dalam suasana gelap.
Rakaman kejadian berkenaan dikongsikan pengguna Threads, @gabrielgareem yang terkejut melihat haiwan itu berada berhampiran kawasan berpagar dipercayai sekitar pukul 1 pagi.
“Apa yang rawak sangat Eco Grandeur pukul 1 pagi lebih ni,” tulisnya ringkas menerusi hantaran tersebut.
Dalam rakaman itu, kerbau berwarna gelap berkenaan kelihatan berdiri di kawasan rumput bersebelahan laluan pejalan kaki sambil memandang ke arah perakam.
Meskipun tidak menunjukkan tingkah laku agresif, saiz haiwan berkenaan yang kelihatan tegap dan besar mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen.
“Brock Lesnar ke tu? Bapak punya besar. Itu kalau singa nampak pun singa lari lah wei,” seloroh seorang pengguna.
“Kerbau liar ke tu? Sado mat,” kata seorang lagi pengguna.
Seorang lagi pengguna mendakwa kemunculan kerbau di kawasan berkenaan bukan sesuatu yang pelik terutama pada waktu malam.
“Memang malam-malam tempat dia bang. Abang cuba masuk satu lorong belum buka tu, bersepah tahi dia,” katanya.- KOSMO! ONLINE
The post ‘Kerbau sado siapa muncul di Eco Grandeur pukul 1 pagi?’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.