
KPT sasar 30,000 graduan AI
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan usaha melahirkan 30,000 graduan mahir dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi tempoh 2025-2030 untuk mendepani cabaran automasi dan keperluan pasaran pekerjaan pada masa depan. (Google News Malaysia (BM), 15:34)
Read the reporting
1 report
KPT sasar 30,000 graduan AI
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan usaha melahirkan 30,000 graduan mahir dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi tempoh 2025-2030 untuk mendepani cabaran automasi dan keperluan pasaran pekerjaan pada masa depan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sasaran itu dijangka dicapai menerusi 30 program khusus pada peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) yang ditawarkan di 11 universiti awam ketika ini.
Beliau berkata 455 program pengajian pelbagai peringkat telah disemak semula setakat 30 Sept lepas bagi memastikannya kekal relevan dengan kemajuan teknologi.
“Bagi program khusus AI pula, pembangunan dan akreditasi diperkukuh melalui Standard Program Kecerdasan Buatan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya ia dibangunkan secara sistematik dan memenuhi kualiti ditetapkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung langkah KPT bagi memastikan graduan memiliki kemahiran AI untuk menghadapi perubahan pasaran pekerjaan, susulan jangkaan banyak pekerjaan berisiko diautomasikan.
Mengulas lanjut, Zambry berkata ekosistem pembangunan bakat turut diperkukuh menerusi penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); dan Fakulti Pengkomputeran Cerdas di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Beliau berkata KPT juga merancang untuk mengintegrasikan elemen AI menerusi 80 peratus kursus sarjana muda di universiti awam bagi memastikan graduan terus berdaya saing dan kebolehpasaran mereka terjamin.
“Kita juga mengadakan program peningkatan kemahiran, pembelajaran berasaskan kerja dan program stackable untuk memastikan kemahiran AI dapat dibangunkan pada setiap peringkat pengajian bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan apabila mereka tamat pengajian nanti,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Shahelmey Yahya (BN-Putatan) berhubung daya pemikiran kritis pelajar semakin terhakis akibat mentaliti ‘tanya ChatGPT’, Zambry berkata cabaran terbesar universiti kini adalah mengimbangi AI sebagai instrumen bantuan belajar dan bukannya ejen yang mengambil alih sepenuhnya pemikiran manusia.
“Agentic AI adalah yang terbaharu dalam dunia kita. Dia sudah menjadi humanoid (menyerupai manusia) iaitu dia tolong fikirkan untuk kita, tolong selesaikan malah dia boleh memahami perasaan.
“Ini sangat berbahaya. Sebab itulah langkah dibuat ini kita mengimbangkan supaya sistem pendidikan tinggi kita dapat melahirkan manusia yang seimbang, komprehensif dan holistik sifatnya,” kata beliau. – Bernama
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)15:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
