
Laporan patologi belum siap, kes bunuh, buang mayat peniaga ke dalam sungai tangguh
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BATU PAHAT: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 30 November depan sebagai tarikh sebutan baharu kes empat lelaki yang didakwa membunuh seorang ahli perniagaan sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai. (Berita Harian, 14:59)
Read the reporting
1 report
Laporan patologi belum siap, kes bunuh, buang mayat peniaga ke dalam sungai tangguh
BATU PAHAT: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 30 November depan sebagai tarikh sebutan baharu kes empat lelaki yang didakwa membunuh seorang ahli perniagaan sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai.
Majistret, Mustaqim Sukarno, menetapkan tarikh itu hari ini selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa beberapa laporan termasuk patologi masih belum diterima daripada pihak hospital.
Empat tertuduh, Yogesvaran Subramaniam, 40; Lim Yong Ming, 26; Achuthan Nagarajan, 32; dan How Han Wei, 33, didakwa membunuh mangsa, Low Kai Xian, 39.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Yogesvaran bekerja sebagai pemandu lori, manakala Yong Ming dan Achuthan ialah kelindan lori. Han Wei pula adalah peniaga kenderaan terpakai.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di berhampiran kedai makan di Jalan Emas Putih, Taman Sri Skudai, Johor Bahru, hingga ke Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, di sini, antara 29 Julai hingga 3 Ogos lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahzleen Ibrahim.
Yogesvaran, Yong Ming dan Han Wei diwakili peguam Datin Fareda Sabapathy, manakala Achuthan diwakili Sean Dodley Samuel Jayarajan.
Chuah Shyue Chien dan Kenji Soh Xin Da pula bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.
Sebelum ini, Low dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 29 Julai lalu selepas gagal dihubungi. Ahli keluarganya kemudian hanya menemukan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik mangsa di Johor Bahru.
Bagaimanapun, polis menerima maklumat orang awam mengenai penemuan mayat pada 12.30 tengah hari, 3 Ogos lalu.
Siasatan mendapati tangan dan kaki mangsa diikat menggunakan pita pelekat, selain terdapat beberapa kesan kecederaan pada pinggang dan lengannya.
Mayat mangsa dibungkus dan dililit dengan jaring sebelum lima ketul batu turut ditemukan bersama bungkusan berkenaan.
Polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada hutang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.