
Lelaki, wanita laku perbuatan tidak bermoral dalam masjid dihukum mati
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Riyadh: Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki dan wanita warga Bangladesh selepas didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam sebuah masjid di Makkah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). (Harian Metro, 12:05)
Read the reporting
1 report
Lelaki, wanita laku perbuatan tidak bermoral dalam masjid dihukum mati
Riyadh: Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki dan wanita warga Bangladesh selepas didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam sebuah masjid di Makkah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam kenyataan, mengenal pasti mereka sebagai Nazrul Islam Abdul Basir dan Siti Akhtar.
Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan bermula dengan penahanan mereka oleh pihak berkuasa keselamatan berikutan perbuatan yang didakwa mencemarkan kesucian masjid berkenaan.
Kedua-duanya kemudian menjalani proses siasatan sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.
Selepas meneliti kes berkenaan, mahkamah mensabitkan kesalahan terhadap pasangan itu dan menjatuhkan hukuman mati mengikut prinsip ta'zir, iaitu hukuman yang ditetapkan pihak kehakiman berdasarkan undang-undang Islam.
Kementerian itu menjelaskan, keputusan itu mengambil kira beratnya kesalahan, kesucian masjid yang dicabuli serta situasi ketika kejadian berlaku.
Keputusan mahkamah kemudian dimuktamadkan selepas, dikekalkan pihak kehakiman berkaitan sebelum perintah diraja dikeluarkan bagi membolehkan hukuman mati dilaksanakan.
Hukuman terhadap kedua-dua warga Bangladesh itu dilaksanakan pada 14 Oktober 2026 lalu di wilayah Makkah.
Dalam perkembangan sama, kementerian menegaskan kerajaan Arab Saudi akan terus memastikan keselamatan terpelihara, keadilan ditegakkan dan undang-undang Islam dikuatkuasakan terhadap mereka yang mencemarkan kesucian masjid.
Kementerian itu turut mengingatkan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seumpama itu, selaras dengan perundangan negara berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.