
Lima organisasi kebajikan terima sumbangan Golf Amal Mazda ke-12
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kejohanan Golf Amal Mazda ke-12 diadakan Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, dekat sini, baru-baru ini dengan dana dikutip disalurkan kepada lima organisasi yang menyediakan penjagaan dan perlindungan penting kepada golongan memerlukan. (Berita Harian, 11:53)
Read the reporting
1 report
Lima organisasi kebajikan terima sumbangan Golf Amal Mazda ke-12
KUALA LUMPUR: Kejohanan Golf Amal Mazda ke-12 diadakan Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, dekat sini, baru-baru ini dengan dana dikutip disalurkan kepada lima organisasi yang menyediakan penjagaan dan perlindungan penting kepada golongan memerlukan.
Program selama dua hari anjuran Bermaz Motor Bhd itu menghimpunkan lebih 200 rakan niaga, wakil kerajaan, pelanggan Mazda, peminat golf serta anggota masyarakat yang antara lain juga bagi meraikan semangat kesukanan, perpaduan dan tujuan murni.
Penganjur dalam satu kenyataan berkata lima organisasi berkenaan mewakili pelbagai keperluan masyarakat, termasuk rawatan kanser, bantuan kebajikan serta penyediaan tempat perlindungan selamat untuk kanak-kanak dan golongan rentan.
Antara penerima manfaat kali ini adalah Yayasan Al-Sultan Abdullah, Mount Miriam Cancer Hospital, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim dan Cacat Perlindungan Selangor, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sai Pandian dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang.
Majlis penyampaian sumbangan berkenaan diserikan dengan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Sebagai Penaung Diraja Mazda Medicare Fund (MMF) sejak 2015, baginda secara konsisten menyokong pelbagai usaha kebajikan yang membawa perubahan bermakna kepada komuniti yang memerlukan.
"Keberangkatan baginda sekali lagi menyerlahkan nilai kemuliaan dan tujuan murni yang menjadi teras penganjuran acara berkenaan," kata kenyataan berkenaan.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar bin Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Tan Sri Ben Yeoh berkata penganjuran acara amal itu tahun ini membawa makna besar dalam memperkukuh komitmen syarikat terhadap kebajikan masyarakat.
"Kami amat berbesar hati dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia, dengan sokongan berterusan baginda mencerminkan semangat khidmat bakti dan keprihatinan sebenar.
"Kejohanan Golf Amal Mazda sentiasa membawa makna lebih besar daripada sekadar acara sukan. Ia melambangkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang paling memerlukannya.
"Kejohanan ini mencerminkan keyakinan kami bahawa tanggungjawab korporat perlu dizahirkan melalui tindakan, bukan sekadar kata-kata. MMF diasaskan berteraskan prinsip memberi tanpa mengharapkan balasan, dan penganjuran acara ini setiap tahun terus memperkukuh tujuan berkenaan.
"Kekuatan kejohanan ini terletak pada semangat perpaduan yang dipupuk. Pemimpin, agensi, rakan kerjasama dan pelanggan berganding bahu demi matlamat bersama, sekali gus memperkukuh keyakinan bahawa keprihatinan akan membawa impak lebih besar apabila digerakkan secara kolektif," katanya di majlis berkenaan.
Bermula lebih sedekad lalu sebagai inisiatif kebajikan berskala kecil, Kejohanan Golf Amal Mazda kini berkembang menjadi antara tradisi tahunan terpenting Bermaz Motor, sekali gus mencerminkan keyakinan syarikat bahawa keseronokan memandu dan tanggungjawab sosial mampu bergerak seiring.
MMF ditubuhkan pada 2015 hasil kerjasama jangka panjang antara Prima Merdu Sdn Bhd dan B Braun Avitum Renal Services, dengan misi menyediakan rawatan hemodialisis yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit penyakit buah pinggang tahap akhir yang berdepan kesukaran kewangan.
Sejak penubuhannya, dana berkenaan terus memberikan impak bermakna menerusi penyediaan rawatan bersubsidi kepada pesakit yang layak, khususnya mereka yang berdepan kesukaran mendapatkan akses kepada rawatan penting.
Selain bantuan perubatan, MMF turut memperluas skop bantuannya kepada rumah warga emas, rumah anak yatim, pusat kebajikan orang kurang upaya (OKU) serta kemudahan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.