
Mahkamah gugur sabitan cubaan rogol bekas juara Olimpik
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Somluck Kamsing, now 53, became a national hero in Thailand after winning featherweight boxing gold at the 1996 Olympics in Atlanta. (AFP pic) BANGKOK: A Thai appeals court overturned on Tuesday a conviction for the attempted rape of a teenage girl handed to the country's first Olympic gold medallist, but upheld his sentence for abduction. (Free Malaysia Today, 20:32)
Read the reporting
2 reports
Mahkamah gugur sabitan cubaan rogol bekas juara Olimpik
Bangkok: Mahkamah rayuan Thailand membatalkan sabitan cubaan merogol seorang remaja perempuan terhadap bekas juara tinju Olimpik pertama negara itu, Somluck Kamsing, namun mengekalkan sabitan kesalahan melarikan mangsa.
Somluck, 53, yang menjadi wira negara itu selepas memenangi pingat emas tinju kategori featherweight pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan melarikan mangsa bagi tujuan tidak bermoral dan cubaan merogol remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun.
Pada Januari 2025, beliau dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah rayuan wilayah di Khon Kaen membatalkan sabitan cubaan merogol selepas mendapati keterangan mangsa mempunyai beberapa 'percanggahan', selain tiada bukti menunjukkan unsur paksaan atau ugutan.
Menurut kenyataan media mahkamah, hukuman penjara Somluck dikurangkan kepada dua tahun susulan keputusan itu.
Kes berkenaan bermula selepas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun membuat laporan terhadap Somluck pada Disember 2023, dengan mendakwa beliau menyerangnya di sebuah hotel di Khon Kaen, bandar di timur laut Thailand.
Mahkamah memaklumkan kedua-duanya bertemu di sebuah bar sebelum remaja itu menaiki motosikal Somluck untuk ke hotel berkenaan.
Somluck bagaimanapun menafikan dakwaan terhadapnya.
Selain kejayaan di Olimpik Atlanta, beliau turut memenangi gelaran tinju pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima dan Sukan Asia 1998 di Bangkok.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today20:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.