Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 58 min ago

Mainan cetus derita: Elak beli mainan tiada logo M

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:22 MYTLatest activity 15 Oct, 11:22BMconfidence 60%

What happened

Mainan cetus derita: Elak beli mainan tiada logo M (Harian Metro, 11:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Mainan cetus derita: Elak beli mainan tiada logo M

By Amir Abd Hamid dan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid · 15 Oct, 11:22 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ibu bapa disaran menjadikan semakan tanda atau logo Malaysian Conformity (MC) pada mainan squishy atau pembungkusannya sebagai kebiasaan.

Membiasakan diri untuk menyemak demikian perlulah dilakukan setiap kali membeli mainan untuk anak bagi memastikan produk berkenaan mematuhi standard keselamatan ditetapkan di Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, tanda MC atau Malaysian Conformity menunjukkan pematuhan terhadap standard keselamatan mainan yang ditetapkan di Malaysia.

"Bila anak-anak tunjuk mainan yang mereka suka, tentu kita pun teringin membelikannya. Lebih-lebih lagi mainan squishy yang pelbagai bentuk dan warna, orang dewasa pun boleh tertarik melihatnya.

"Dalam kita memilih itu, saya nak titipkan satu pesanan mudah. Cuba cari tanda atau logo MC pada mainan atau pembungkusannya terlebih dahulu. Jadikan ini kebiasaan setiap kali membeli mainan untuk anak-anak," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa tidak seharusnya memilih mainan hanya berdasarkan rupa dan harga, sebaliknya turut memberi perhatian kepada tanda pematuhan keselamatan pada produk.

Katanya, keselamatan mainan kanak-kanak di Malaysia dikawal selia di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan peraturan berkaitan.

"Pengilang, pengimport serta penjual mempunyai tanggungjawab memastikan mainan yang dipasarkan mematuhi keperluan keselamatan, termasuk penandaan MC.

"Ibu ayah juga boleh semak label umur, arahan penggunaan dan amaran keselamatan supaya mainan sesuai dengan usia anak," katanya.

Menurutnya, bagi pembelian secara dalam talian, pengguna boleh meminta penjual menunjukkan label atau pembungkusan produk sekiranya maklumat berkaitan tidak jelas.

"Anak-anak mungkin memilih kerana comel, tetapi kita bantu memilih dengan lebih teliti. Jom cari tanda MC dan semak label sebelum membeli, supaya keseronokan mereka bermain sentiasa disertai perhatian kita terhadap keselamatan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:16 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 11:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Mainan cetus derita: Elak beli mainan tiada logo M · Malaysian Attention Engine