Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Mainan cetus derita: Saran ibu bapa larang anak main squishy dumplin

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:10 MYTLatest activity 15 Oct, 11:10BMconfidence 60%

What happened

Mainan cetus derita: Saran ibu bapa larang anak main squishy dumplin (Harian Metro, 11:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Mainan cetus derita: Saran ibu bapa larang anak main squishy dumplin

By Amir Abd Hamid dan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid · 15 Oct, 11:10 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan kanak-kanak bermain dengan bebola squishy dumpling (ladu kenyal).

Selain itu, PIBGN juga meminta supaya pihak sekolah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak membenarkan penjualannya di sekitar kawasan sekolah sehingga aspek keselamatan produk berkenaan disahkan pihak berkuasa.

Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, pihak kerajaan juga dicadangkan mengambil tindakan sewajarnya terhadap produk berkenaan termasuk mempertimbangkan larangan penjualan sekiranya hasil pemeriksaan mengesahkan ia mengandungi bahan yang membahayakan pengguna.

"Ini memandangkan pihak kerajaan Malaysia belum membuat kesahihan dan keselamatan produk itu, selain daripada apa yang terdapat dalam laporan siasatan di United Kingdom (UK) mengenai unsur berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mulut dan badan.

"Justeru, adalah lebih selamat kita mencadangkan ibu bapa atau penjaga tidak membenarkan kanak-kanak bermain dengan bebola berkenaan," katanya.

Mohamad Ali berkata, cadangan dikemukakan pihaknya adalah mengambil kira laporan keselamatan produk seumpama itu di UK yang mendapati sesetengah mainan tiruan mempunyai kandungan bahan kimia yang melebihi had ditetapkan.

Menurutnya, langkah pencegahan wajar diambil sementara status keselamatan produk yang berada di pasaran Malaysia diperjelaskan pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihak sekolah dan PBT juga disaran mengambil langkah dengan tidak membenarkan penjualan squishy dumpling di persekitaran sekolah bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada produk yang keselamatannya masih menjadi persoalan.

"Pihak kerajaan dan agensi berkaitan juga perlu mengambil tindakan, termasuk mempertimbangkan pengharaman sekiranya produk itu terbukti mengandungi bahan yang berbahaya kepada kanak-kanak," katanya.

Isu itu, katanya, perlu diberi perhatian kerana terdapat perbezaan kualiti antara produk asli dan produk tiruan yang menggunakan nama atau bentuk squishy dumpling, sekali gus memerlukan pengguna lebih berhati-hati ketika membuat pembelian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat kajian dan pengujian yang dirujuk daripada UK, sesetengah produk tiruan dilaporkan mengandungi benzena pada permukaan luaran pada kepekatan melebihi had keselamatan ditetapkan.

"Benzena ialah bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, manakala sentuhan dengan bahan berkenaan boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mata, hidung dan tekak.

"Selain risiko bahan kimia, sesetengah produk juga dilaporkan mengandungi manik air sebagai bahan pengisi yang boleh menimbulkan risiko serius jika tertelan kanak-kanak," katanya.

Mohamad Ali berkata, berdasarkan kajian, ibu bapa juga perlu mengelakkan pembelian produk yang mempunyai bau kimia kuat atau menunjukkan tanda mudah pecah, selain tidak membenarkan kanak-kanak memanaskannya dalam ketuhar gelombang mikro.

Katanya, apa yang penting ibu bapa perlu memastikan maklumat keselamatan dan pelabelan pada pembungkusan diperiksa sebelum sesuatu mainan diberikan kepada anak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:16 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 11:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Mainan cetus derita: Saran ibu bapa larang anak main squishy dumplin · Malaysian Attention Engine