Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Mainan cetus derita: 'Seronok pegang tetapi bahaya'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:04 MYTLatest activity 15 Oct, 11:04Mixedconfidence 60%

What happened

Mainan cetus derita: 'Seronok pegang tetapi bahaya' (Harian Metro, 11:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·Mixed·3 min read

Mainan cetus derita: 'Seronok pegang tetapi bahaya'

By Amir Abd Hamid dan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid · 15 Oct, 11:04 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Permainan squishy dumpling (ladu kenyal) yang menjadi antara mainan popular kanak-kanak boleh mendatangkan risiko kesihatan sekiranya mengandungi bahan kimia berbahaya, manik air atau dipanaskan, kata Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan Pensyarah Klinikal, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Khoo Wee Vien.

Beliau berkata, sesetengah squishy dumpling mengandungi bahan kimia seperti benzena, toluene dan xylene yang boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama apabila terdedah dalam tempoh panjang.

Menurutnya, benzene boleh menyebabkan kanser seperti leukemia dan lymphoma jika terdedah untuk jangka masa panjang, iaitu lebih setahun.

"Bagi wanita mengandung, pendedahan kepada benzene juga boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan seperti masalah mutasi genetik.

"Bahan kimia berkenaan mudah meruap dan boleh memasuki badan melalui pernafasan sehingga menyebabkan gejala seperti batuk, sakit tekak, sakit kepala dan pening kepala.

"Jika termakan, ia boleh menyebabkan muntah, sakit perut, sawan dan kematian, manakala jika cecair terkena kulit atau mata, ia boleh menyebabkan kegatalan, kulit merah dan melepuh," katanya.

Dr Khoo berkata, sesetengah squishy dumpling turut mengandungi manik air yang kelihatan menarik dan sebenarnya bahaya sebab kanak-kanak terutama berusia bawah lima tahun akan mudah tertelan.

Katanya, manik air berkenaan boleh mengembang selepas ditelan dan menyebabkan usus kecil tersumbat sehingga memerlukan pembedahan.

"Selain itu, terdapat trend di media sosial yang menunjukkan squishy dumpling dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave).

" Squishy yang dipanaskan boleh mengembang dan meletup seperti bom, sekali gus menyebabkan kelecuran kulit yang teruk," katanya.

Beliau berkata, risiko sama turut berlaku sekiranya squishy dumpling ditinggalkan di dalam kereta selama berjam-jam berikutan pendedahan kepada suhu panas.

Menurutnya, kanak-kanak kecil lebih sensitif terhadap pendedahan bahan kimia berbahaya kerana saiz badan mereka yang kecil, selain mudah tertarik dengan mainan baharu dan terdorong untuk menjilat atau memakannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bukan semua squishy dumpling berbahaya dan ibu bapa perlu memberi perhatian kepada keadaan mainan sebelum membenarkan anak bermain dengannya.

"Squishy yang melekit atau berbau petrol adalah tidak normal dan perlu dibuang serta-merta.

"Jangan sesekali meninggalkan squishy dumpling di dalam kereta dan elakkan membeli produk yang mengandungi manik-manik kecil," katanya.

Dr Khoo berkata, negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia dan negara dalam Kesatuan Eropah (EU) juga sudah mengeluarkan amaran bahaya kepada orang awam atau larangan penjualan squishy dumpling di negara masing-masing.

Menurutnya, buat masa mainan itu mudah didapati di pasaran sama ada di dalam talian atau di mana-mana sahaja.

"Untuk ujikaji, saya membeli secara dalam talian lima squishy dumpling pada harga paling murah RM4 dan yang paling mahal berharga RM14.40," katanya yang terkejut apabila diberitahu wartawan bahawa terdapat juga di sesetengah sekolah, mainan itu juga dijual luar pagar sekolah untuk menarik murid membeli.

Katanya, dalam iklan pemasarannya, laman platform niaga dalam talian itu menunjukkan tuntutan '100% Authentic' (mendakwa 100 peratus tulen).

Apabila bungkusan berisi mainan itu dibuka, katanya, walaupun semua squishy dumpling tidak berbau petrol, didapati kesemuanya berasa melekit apabila disentuh.

"Untuk eksperimen pertama, saya memanaskan squishy dumpling di dalam ketuhar gelombang mikro selama satu minit. Selepas itu, dengan termometer masakan, suhu cecair di dalam squishy dumpling diperiksa.

"Saya dapati suhu dalaman mencecah 100 darjah Celsius, sama dengan suhu air mendidih! Terkena badan, ia pasti menyebabkan kesan melecur yang teruk terutama terhadap kulit kanak-kanak yang sensitif.

"Seterusnya, saya memotong squishy dumpling yang mengandungi manik air di dalamnya. Setiap manik berukuran 0.5 sentimeter. Manik-manik kelihatan berkilat, berwarna jernih dan menarik dipandang seperti jeli gula-gula. Pasti kanak-kanak akan tertarik dan boleh menganggapnya sebagai gula-gula," katanya.

Dr Khoo berkata, uji kaji dilakukan seterus adalah semua manik itu direndam di dalam air selama lapan jam.

Menurutnya, selepas tempoh lapan jam, apabila diukur didapati semua manik air itu mengembang berukuran 1 sentimeter setiap satu.

"Gumpalan beberapa manik berukuran 1 sentimeter berpotensi untuk menyebabkan penyumbatan usus. Kesan enzim pencernaan ke atas manik tersebut pula boleh menyebabkan manik terurai dan melepaskan bahan kimia berbahaya yang lain dan menyebabkan keracunan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:16 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 11:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Mainan cetus derita: 'Seronok pegang tetapi bahaya' · Malaysian Attention Engine