Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

MAINS agih hampir RM12j menerusi MAINS-Care

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 10:14 MYTLatest activity 15 Oct, 10:14BMconfidence 60%

What happened

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyalurkan peruntukan hampir RM12 juta melalui dana fidyah bagi menjayakan program MAINS-Care iaitu tajaan makanan kepada kumpulan sasar antaranya pelajar asnaf dan kurang mampu termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) serta golongan yang memerlukan. (Berita Harian, 10:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

MAINS agih hampir RM12j menerusi MAINS-Care

15 Oct, 10:14 MYT

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyalurkan peruntukan hampir RM12 juta melalui dana fidyah bagi menjayakan program MAINS-Care iaitu tajaan makanan kepada kumpulan sasar antaranya pelajar asnaf dan kurang mampu termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) serta golongan yang memerlukan.

Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS, Norazman Mat, berkata program MAINS-Care adalah inisiatif jabatan itu untuk memastikan dana fidyah yang diterima daripada pembayar benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, inisiatif ini tercetus selepas melihat kumpulan dana fidyah ini semakin berkembang dan sewajarnya ia diagihkan kepada golongan sasar menerusi beberapa strategik konfrehensif.

"Objektif utama MAINS-Care adalah menyalurkan bantuan makanan secara sistematik, membantu pelajar daripada keluarga B40 dan asnaf sekali gus dapat mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

"Dana yang diterima akan diurus secara telus dan diagihkan kepada institusi yang terbabit seperti sekolah di bawah Jabatan Pendi dikan Negeri Sembilan (JPNS) dan institusi pengajian tinggi (IPT) melalui kerjasama rasmi.

"MAINS akan melantik pihak pengurusan kantin sekolah dan kafe di IPT bagi menyediakan makanan kepada pelajar yang layak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan setiap agihan dipantau bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima sebenar.

"Melalui pendekatan ini, ia memastikan dana fidyah dapat memberi impak yang nyata kepada masyarakat secara keseluruhannya. Bagi tahun ini, seramai 33,169 pelajar dari seluruh Negeri Sembilan telah menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan," katanya kepada BH.

Norazman berkata, terdapat lima kategori MAINS -Care yang dilaksanakan iaitu MAINS-Care Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu penerima bantuan dari kalangan pelajar sekolah kebangsaan (SK) dengan jumlah agihan tahun ini sebanyak RM3.6 juta membabitkan seramai 16,000 pelajar.

Menurutnya, MAINS-Care IPT membabitkan penerima kalangan pelajar IPT daripada keluarga asnaf dan B40 dengan setiap peserta dipilih oleh pihak institusi terbabit membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.3 juta (8,800 pelajar).

Katanya, MAINS-Care Barakah pula membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah Islam yang diagihkan melalui program keagamaan, kerohanian atau pembangunan insan seperti motvasi pelajar dan sebagainya dengan agihan tahun ini sebanyak RM5.1 juta membabitkan seramai 157,049 orang pelajar.

"Penerima kategori ini termasuk pelajar beragama Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT). Kita menggalakkan pihak sekolah menyediakan makanan kepada pelajar ketika program keagaamaan, kerohanian atau pembangunan insan diljalankan," katanya.

Bagi MAINS-Care B40 pula katanya, ia membabitkan penerima dari golongan kurang berkemampuan dengan sebanyak RM656,700 telah diagihkan.

"Bagi kategori MAINS-Care Madrasah membabitkan pemberian barangan keperluan asas kepada sekolah tahfiz terpilih dengan jumlah agihan setakat ini sebanyak RM150,000.

"Keseluruhan agihan yang telah dilakukan menerusi MAINS-Care ini adalah sebanyak RM11,806,700. Banyak sekolah melahirkan rasa syukur dengan program ini dan mereka turut membantu dari segi penambahan jumlah kutipan zakat dan wakaf kepada MAINS.

"Sekolah dapat pulangan balik menerusi strategi kami di mana 90 peratus kakitangan yang membuat potongan gaji zakat dan wakaf dan kemudian dana itu dikembalikan semula kepada sekolah menerusi MAINS-Care," katanya.

Norazman turut memaklumkan, antara bentuk bantuan makanan yang diberikan ialah makanan siap masak, pek makanan harian dan bantuan makanan di kafetaria IPT.

Menurutnya, impak hasil daripada pelaksanaan MAINS-Care ini ialah pelajar tidak lagi belajar dalam keadaan lapar sekali gus membantu mereka meningkatkan fokus kepada pembelajaran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:07 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 10:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

MAINS agih hampir RM12j menerusi MAINS-Care
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.