
Marquez dinobat atlet lelaki terbaik Sepanyol
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MADRID: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez dinobatkan sebagai atlet lelaki terbaik Sepanyol bagi 2025 selepas merangkul gelaran dunia MotoGP buat kali ketujuh musim lalu. (Utusan Malaysia, 15:05)
Read the reporting
1 report
Marquez dinobat atlet lelaki terbaik Sepanyol
MADRID: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez dinobatkan sebagai atlet lelaki terbaik Sepanyol bagi 2025 selepas merangkul gelaran dunia MotoGP buat kali ketujuh musim lalu.
Pelumba berusia 33 tahun itu mendominasi saingan bersama pasukan Ducati dengan memenangi 11 perlumbaan Grand Prix dan 14 perlumbaan pecut sebelum mengesahkan kejuaraan pada Grand Prix Jepun tahun lalu.
Bagaimanapun, kemalangan pada 2020 yang menyebabkan kecederaan serius pada lengan kanannya serta kemerosotan prestasi jentera Honda menyaksikan Marquez terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum meninggalkan HRC setahun lebih awal.
Marquez membuktikan kemampuannya apabila memenangi tiga perlumbaan bersama Gresini Ducati pada 2024, sekali gus membolehkannya menyertai pasukan Ducati pada 2025 sebelum merangkul gelaran dunia.
Kejayaan itu menyaksikan Marquez kini menyamai jumlah gelaran dunia milik Valentino Rossi dan berpeluang mengatasinya untuk menduduki tempat kedua dalam senarai pelumba paling banyak memenangi kejuaraan dunia MotoGP di belakang Giacomo Agostini.
Marquez turut bangkit daripada ketinggalan 102 mata selepas menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan bahu yang sudah lama dialaminya pada awal musim ini.
Dia kini hanya ketinggalan dua mata di belakang pelumba Aprilia, Jorge Martin, dengan lima pusingan berbaki dalam saingan kejuaraan dunia.
Marquez sebelum ini sempat mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan empat mata selepas perlumbaan pecut Grand Prix Indonesia hujung minggu lalu.
Walaupun berdepan masalah kecederaan, Marquez sudah memenangi enam perlumbaan Grand Prix pada 2026, manakala Martin hanya meraih satu kemenangan setakat ini.-AGENSI
The post Marquez dinobat atlet lelaki terbaik Sepanyol appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia15:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.