
"Masa semakin suntuk, saya perlu kemoterapi segera" - isteri penyanyi nasyid rayu bantuan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Masa semakin suntuk, saya perlu kemoterapi segera' - Isteri penyanyi nasyid rayu bantuan (Harian Metro, 20:28)
Read the reporting
1 report
'Masa semakin suntuk, saya perlu kemoterapi segera' - Isteri penyanyi nasyid rayu bantuan
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: "Saya memohon bantuan orang ramai kerana masa semakin suntuk. Saya perlu menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin," kata isteri penyanyi kumpulan nasyid Iman Heart, Noor Diana Hashim, 47.
Noor Diana berkata, akibat sel kanser dalam tubuhnya sudah merebak ke hati, paru-paru, tulang belakang serta leher dia terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen sepanjang masa termasuk ketika tidur.
Menurutnya, manakala bengkak air pada tangan kirinya selepas menjalani pembedahan payu dara pada empat tahun lalu semakin buruk hingga pergerakannya terhad.
Katanya, bagi mengelakkan keadaannya bertambah buruk, dia disaran menjalani rawatan kemoterapi dalam tempoh terdekat.
"Malangnya atas faktor giliran pesakit dan sebagainya, saya tidak dapat menjalani rawatan itu dalam tempoh terdekat hingga kami terpaksa mengambil keputusan ke hospital swasta.
"Kos rawatan yang disarankan doktor di hospital swasta berharga sekitar RM10,000 bagi satu kitaran.
"Buat masa ini kami memang tidak mampu memandangkan suami juga hilang upaya akibat kanser pangkal hidung tahap empat hingga tidak mampu bekerja.
"Anak lelaki sulung saya hanya bekerja biasa, anak lelaki kedua pula mekanik motosikal manakala anak perempuan bongsu tidak bersekolah kerana memberi jagaan kepada kami," katanya.
Sementara itu, Zek Ayry Khan Zarak Khan, 47, berkata dia dan isteri berdepan dugaan kesihatan yang berat apabila masing-masing menghadapi kanser tahap empat namun tabah meneruskan kehidupan.
"Kami sebelum ini mengurus syarikat pengurusan acara, aktif sebagai sukarelawan dan tidak pernah melepaskan peluang untuk beramal.
"Saya bersyukur ketika itu diberikan kesihatan baik bagi membantu asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) serta mangsa banjir.
"Kini giliran kami diuji Allah dan kami memohon bantuan ramai bagi membolehkan isteri menjalani rawatan sesuai," katanya selepas menerima sumbangan lampin pakai buang dan barangan dapur disampaikan oleh Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam di kediaman sewa di Taman Bukit Kempas di sini kelmarin.
Mas Imran berkata, pihaknya berharap sumbangan itu mampu meringankan beban pasangan itu.
"Pasangan berkenaan sebelum ini aktif dalam kerja kebajikan serta membantu golongan memerlukan termasuk menerusi program dianjurkan kami namun kini mereka pula diuji dengan dugaan kesihatan," katanya.
Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Ambank 1040070003182 atas nama Noor Diana Hashim atau menghubungi talian 017-789 8100.
Pada 17 September lalu, akhbar ini melaporkan kisah remaja perempuan, Nur Sara Ayryna atau Sara yang tidak dapat bersekolah kerana memberi penjagaan kepada ibu bapanya iaitu Zek Ayry Khan dan isteri.
Bapanya dikesan menghidap sakit kanser hidung pada 2023 manakala ibu, Noor Diana Hashim, 47, didiagnos barah payudara lebih awal iaitu pada 2021 dan menjalani pembedahan pada 2022.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.