
MASFIH rayu LPPSA tangguh bayaran rumah keluarga anggota bomba hilang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH) merayu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menangguhkan bayaran pembiayaan rumah serta tindakan penguatkuasaan terhadap keluarga anggota bomba, Mohd Sani Harul, yang masih hilang susulan bencana banjir Nepal pada 26 Ogos lalu. (Utusan Malaysia, 17:16)
Read the reporting
1 report
MASFIH rayu LPPSA tangguh bayaran rumah keluarga anggota bomba hilang
PETALING JAYA: Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH) merayu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menangguhkan bayaran pembiayaan rumah serta tindakan penguatkuasaan terhadap keluarga anggota bomba, Mohd Sani Harul, yang masih hilang susulan bencana banjir Nepal pada 26 Ogos lalu.
Jurucakap MASFIH, Dr. Manivannan Rethinam berkata, pihaknya turut memohon moratorium kemanusiaan sekurang-kurangnya enam bulan tanpa faedah atau keuntungan tambahan, penalti dan caj lain sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, rayuan itu dibuat selepas isteri Mohd Sani erdepan tekanan emosi ketika mendapatkan penjelasan mengenai pembiayaan rumah suaminya di pejabat LPPSA di Putrajaya, semalam.
“Isteri beliau mempersoalkan mengapa bantuan penangguhan bayaran yang diberikan beberapa institusi kewangan kepada keluarga terjejas tidak dapat dipertimbangkan oleh LPPSA.
“Dia juga ingin mengetahui sama ada terdapat ruang untuk mendapatkan bantuan sementara memandangkan suaminya masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Manivannan, isteri beliau mendakwa perkataan ‘lelong’ disebut berulang kali oleh pegawai kaunter ketika urusan itu, selain dicadangkan supaya meneruskan bayaran bulanan kira-kira RM1,200, mendapatkan pinjaman peribadi atau meminjam wang daripada ahli keluarga.
Mohd Sani bersara pada 23 September lalu ketika masih hilang, menyebabkan gajinya berakhir pada hujung bulan berkenaan dan baki pembiayaan rumahnya dianggarkan RM40,000 dengan tempoh berbaki kira-kira tiga tahun.
Sehubungan itu, MASFIH meminta LPPSA menyemak perlindungan insurans atau takaful bagi pembiayaan berkenaan serta memberikan penjelasan bertulis mengenai manfaat yang terpakai dalam keadaan peminjam masih hilang.
“MASFIH tidak meminta hutang dihapuskan tanpa penelitian, tetapi kami meminta layanan yang adil, perlindungan sementara dan ruang untuk keluarga menghadapi ketidakpastian ini tanpa hidup dalam ketakutan kehilangan rumah,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, MASFIH memaklumkan HSBC, Public Bank dan AmBank telah memberikan pengesahan bertulis mengenai bantuan moratorium yang merangkumi pengecualian faedah atau keuntungan tambahan, penalti dan caj lain yang berkenaan.
Maybank dan CIMB pula memaklumkan bantuan mereka turut merangkumi pengecualian berkenaan, namun MASFIH masih menunggu pengesahan bertulis daripada kedua-dua institusi itu susulan perbincangan bersama Bank Negara Malaysia pada 12 Oktober lalu.
Selain itu, MASFIH menggesa Kementerian Sumber Manusia memberikan panduan rasmi mengenai kedudukan pekerjaan, gaji, caruman dan faedah berkaitan, selain meminta Jabatan Peguam Negara mengadakan sesi libat urus bagi menjelaskan hak serta pilihan undang-undang keluarga terjejas.
Beliau turut merayu Perdana Menteri menyegerakan pertemuan dengan wakil keluarga bagi menyelaraskan tindakan kerajaan berhubung isu kewangan, pekerjaan dan urusan undang-undang membabitkan 54 rakyat Malaysia yang masih hilang selepas bencana berkenaan. – UTUSAN
The post MASFIH rayu LPPSA tangguh bayaran rumah keluarga anggota bomba hilang appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
