Malaysian Attention Engine
Live wire
55Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada semua aktiviti rasmi BERSAMA51Jet bawa dadah: PDRM tunggu pengesahan penglibatan ahli politik Filipina | Sinar Harian47iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa42Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Kuala Lumpur guide: what to see, eat and do on a cruise visit | Eastern Riverina Chronicle35Agrobank lancar program buru ikan asing di Tasik Ampang Hilir34Pendidikan warga asing terutama anak pelarian perlu penelitian menyeluruh - PIBGN34'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat34PRN Melaka: Skandal khalwat Nik Nazmi tidak jejas kempen Bersama33Kes Shuhaily didakwa kasari 2 anggota polis: Polis masih lengkapkan siasatan - Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Mati dalam tahanan, keluarga tolak dakwaan polis ikut SOP

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 14:45 MYTLatest activity 17 Oct, 14:45BMconfidence 60%

What happened

Khairulnizam Rani daripada Bahagian Komunikasi Korporat Urus Setia KPN menerima memorandum daripada wakil LFL Wan Nabilah Dina dan Rania Aljunied di luar Bukit Aman. Di sebelah kanan Nooranis Zulkefly, adik kepada si mati, Noorizwan Zulkefly. KUALA LUMPUR: Keluarga lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan polis menolak dakwaan ketua polis Kuala Lumpur bahawa penangkapan dan penahanannya dijalankan mengikut SOP. (Free Malaysia Today, 14:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Mati dalam tahanan, keluarga tolak dakwaan polis ikut SOP

By Tamil Thendral Annadurai · 17 Oct, 14:45 MYT

Khairulnizam Rani daripada Bahagian Komunikasi Korporat Urus Setia KPN menerima memorandum daripada wakil LFL Wan Nabilah Dina dan Rania Aljunied di luar Bukit Aman. Di sebelah kanan Nooranis Zulkefly, adik kepada si mati, Noorizwan Zulkefly. KUALA LUMPUR: Keluarga lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan polis menolak dakwaan ketua polis Kuala Lumpur bahawa penangkapan dan penahanannya dijalankan mengikut SOP.

Adik kepada Noorizwan Zulkefly, Nooranis, menyuarakan kemarahan terhadap dakwaan polis bahawa pihak berkuasa mematuhi protokol sewajarnya.

Noorizwan, 42, dikaitkan dengan tiga kes terbaharu, satu melibatkan dadah dan dua melibatkan kesalahan jenayah.

Nooranis mendakwa pegawai polis merahsiakan perkara itu daripada keluarga selama 12 hari, dan memaklumkan kakitangan hospital bahawa Noorizwan tidak mempunyai waris sedangkan rumah keluarga mereka hanya terletak lima minit dari IPD Cheras.

Beliau berkata, pegawai dari Bukit Aman sebelum ini memberi jaminan kepada keluarganya bahawa IPK Kuala Lumpur dan IPD Cheras tidak akan terlibat dalam siasatan terhadap kematian abangnya.

"Jadi, mengapa ketua polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini sekarang?

"Saya tidak mahu kenyataan daripada ketua polis Kuala Lumpur. Saya mahu kenyataan daripada ketua polis negara (KPN). Ini isu serius. Kami rakyat Malaysia, dan kami mempunyai hak kami," katanya di pekarangan Bukit Aman.

Pihak keluarga sambil diiringi peguam daripada Lawyers for Liberty (LFL) serta ahli masyarakat sivil, berkumpul di luar Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum bantahan rasmi yang disokong 53 NGO, kumpulan hak asasi, selain bapa dan lima adik-beradik Noorizwan.

Sekitar 60 penyokong berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Khairulnizam Rani daripada Bahagian Komunikasi Korporat Urus Setia KPN.

Mereka yang hadir memegang plakad tertera 'Uniform bukan lesen bertindak sesuka hati' dan 'CCTV lokap! Pelihara semua bukti', sambil melaungkan 'Tangkap pembunuh' dan 'Tuntut keadilan' di luar pintu masuk utama.

Memorandum tersebut menyenaraikan empat tuntutan utama, termasuk diklasifikasikan semula kes itu sebagai pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, penggantungan dan tangkapan semua pegawai yang terlibat semasa penahanan Noorizwan di IPD Cheras — terutama kakitangan Bahagian D4 — serta penjelasan awam mengenai sebab keluarga itu langsung tidak dimaklumkan.

LFL berkata, polis mesti menjamin dan memelihara semua rakaman CCTV lokap, diari lokap, log penahanan, dan rekod perubatan bagi mengelakkan sebarang pemalsuan bukti.

"Ketika jenazah diserahkan kepada keluarga, mereka melihat kesan lebam di seluruh badan. Kesan lebam itu tidak mungkin berpunca daripada sebab lain melainkan dia dipukul," kata Pengarah LFL Rania Aljunied.

Noorizwan ditangkap pada 20 Sept lalu ditahan di IPD Cheras selama 11 hari tanpa pengetahuan keluarganya, sebelum dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) pada 30 Sept, di mana dia disahkan meninggal dunia pada 1 Okt.

Pada 12 Okt, pakar patologi forensik kanan HUKM mengesahkan kepada keluarga dan pasukan undang-undang mereka bahawa punca kematian adalah akibat trauma objek tumpul pada bahagian kepala.

Bedah siasat mendedahkan berlaku 21 kecederaan teruk, termasuk pendarahan otak, pendarahan dalaman di perut, serta bengkak meluas dari tengkorak hingga ke tapak kaki.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:00
Latest 16:04 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
17 Oct, 14:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    14:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.