
Mayat wanita disumbat dalam beg pakaian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Buenos Aires: Sempat menghantar mesej WhatsApp kepada pemandu teksi meminta supaya menjemputnya semula. (Harian Metro, 11:22)
Read the reporting
1 report
Mayat wanita disumbat dalam beg pakaian
Buenos Aires: Sempat menghantar mesej WhatsApp kepada pemandu teksi meminta supaya menjemputnya semula.
Itu antara komunikasi terakhir ibu kepada dua anak sebelum ditemukan mati dalam beg pakaian di sebuah rumah penginapan di Rosario, Argentina.
Mayat Barbara Camila Aragon, 26, ditemukan di ruang dapur sebuah unit kediaman di tingkat atas rumah penginapan berkenaan pada awal pagi Ahad lalu, selepas keluarga melaporkan kehilangannya sehari sebelumnya, 10 Oktober.
Menurut laporan Daily Star, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan dibalut dengan selimut sebelum disembunyikan di dalam beg pakaian.
Keluarga Barbara yang berasal dari Villa Gobernador Galvez mula mencarinya selepas gagal menghubungi wanita itu sebelum mendapat petunjuk penting daripada seorang pemandu teksi yang menghantarnya ke rumah penginapan berkenaan pada pagi Sabtu.
Hasil bedah siasat awal mendapati Barbara meninggal dunia akibat sesak nafas manakala sebuah telefon bimbit turut dirampas untuk analisis forensik bagi membantu siasatan mengenai kejadian sebelum kematiannya.
Pemandu itu mendakwa, menerima mesej WhatsApp daripada Barbara beberapa minit selepas menurunkannya dengan meminta supaya dia kembali untuk mengambilnya.
"Selepas kembali ke lokasi berkenaan dan beberapa kali membunyikan hon, tiada sesiapa memberikan respons. Saya akhirnya meninggalkan Kawasan itu," katanya.
Susulan pemeriksaan di rumah penginapan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dikenali sebagai Eliel S yang ditemukan dalam sebuah unit di tingkat atas kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan mangsa.
Suspek dikenal pasti sebagai bekas anggota polis Santa Fe yang sebelum ini dipecat selepas disabitkan kesalahan mengedar dadah termasuk dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 2021 kerana menganggotai sindiket penghantaran kokain dari Rosario ke Reconquista.
Lelaki itu juga pernah ditahan sebentar pada Julai 2024 selepas didapati membawa pakaian mempunyai lambang polis serta senjata api tiruan.
Sementara itu, kematian wanita yang meninggalkan dua anak kecil itu mengundang kesedihan apabila rakannya menulis penghormatan di media sosial.
"Barbara, kamu berhak untuk terus hidup, melihat anak-anak membesar dan menikmati kehidupan yang masih panjang di hadapan kamu," tulis rakannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.