Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Memburu ‘serigala sungai’ di Royal Belum

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 10:10 MYTLatest activity 15 Oct, 10:10BMconfidence 60%

What happened

Saat ikan sebarau menyambar gewang jenis permukaan (topwater), sentiasa menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh pengilat ikan pemangsa tersebut. (Kosmo!, 10:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Memburu ‘serigala sungai’ di Royal Belum

By MOHD. FIRDAUS ABDULLAH · 15 Oct, 10:10 MYT

Saat ikan sebarau menyambar gewang jenis permukaan (topwater), sentiasa menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh pengilat ikan pemangsa tersebut.

Hal ini kerana, selepas ‘letupan’ berlaku, adrenalin kaki pancing akan mula diuji terutama ketika berdepan sebarau bersaiz mega atau digelar badong.

Letupan berkenaan juga menandakan pertarungan baru sahaja bermula, sekali gus kepakaran mengawal peralatan pancing sangat dituntut untuk mendaratkan ikan ini.

Sambaran badong (Hampala Hampala macrolepidota) juga mampu memecah kesunyian hutan belantara.

Itulah antara pengalaman yang dilalui oleh salah seorang pemancing tegar, Marzuadi Mansor ketika memburu badong selama empat hari tiga malam di Sungai Kejar, Royal Belum, Perak.

Menurut Marzuadi, pada mulanya, dia mengalami episod kekecewaan ketika pertarungan awalnya di spot jeram berbatu.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya hantaran gewangnya mendapat sambaran rakus badong seberat 3.6 kilogram (kg) ketika senja dengan hujan renyai mula membasahi hutan rimba Sungai Kejar.

“Awalnya, saya telah berjaya hook-up sebarau saiz ‘gargon’ di kawasan jeram berbatu tetapi terlucut sebaik tiba di tebing disebabkan mata kail melekat kurang kemas.

“Kawasan jeram berbatu dan berstruktur di dasar merupakan lubuk yang berpotensi tinggi.

“Di kawasan ini, badong sentiasa berada dalam keadaan bersedia terutama untuk melakukan serangan ke atas ikan juvenil atau serangga yang tersasar dibawa arus laju.

“Selepas berehat seketika, saya kembali melakukan lontaran gewang permukaan di spot sama.

“Akhirnya, umpan tiruan berkenaan mendapat hentaman rakus badong yang menjadi idaman,” katanya ketika ditemu bual K-Variasi baru-baru ini.

Gewang Yozuri Popper 3D Inshore sentiasa menjadi pilihan keciq untuk mengilat badong belantara.

Marzuadi yang juga salah seorang Tester NinjX berkata, kawasan sungai yang berpasir perlu diutamakan kerana ada masa badong mengejar anak ikan hingga rapat ke tebing ketika fasa aktif.

Untuk makluman, sebarau merupakan pemangsa yang boleh dikategorikan sebagai spesies karnivor kerana ia biasanya menjadikan ikan lebih kecil atau juvenil sebagai makanan.

Pada masa sama, serangga terutama yang bermain di permukaan air turut dijadikan mangsa dalam buruan.

Di perairan Malaysia, sebarau yang juga dikenali sebagai ‘serigala sungai’ boleh ditemui di kawasan sungai dan tasik, di mana sungai pergunungan menjadi lokasi paling strategik untuk menjejak spesimen bersaiz mega.

Teknik dan cara memujuk sebarau bukanlah semudah disangka, terutama buat pemancing yang memfokuskan sebarau mega atau badong.

Menurut Marzuadi atau lebih dikenali sebagai Keciq, sebarau mempunyai ragam berbeza mengikut lokasi pancingan.

Katanya, cara memburu sebarau di sungai dalam hutan belantara memerlukan strategi memujuk khusus agar pemancingan tidak mengalami episod ‘kumpau’.

“Kesabaran dan ketenangan sangat diperlukan untuk mengilat badong di sungai pergunungan atau belantara.

“Sekiranya terlucut dalam pertarungan awal, pemancing perlu berehat sebentar dalam anggaran 10 ke 15 minit sebelum melakukan lontaran gewang di spot sama.

“Berikan ia masa atau tempoh bertenang dahulu kerana itu sangat penting buat badong di spot sunyi seperti ini. Ikan ini tidak boleh dipaksa seperti di sungai atau tasik biasa.

“Elakkan membuat bising kerana badong dalam sungai pergunungan sangat sensitif dengan perubahan dan gangguan kawasan persekitaran,” katanya.

Sementara itu, Keciq menyarankan supaya menggunakan tetapan peralatan memancing berkekuatan sederhana supaya larian badong dapat dikawal dengan baik, sekali gus kemenangan dapat memihak kepada pemancing.

Peralatan memancing pilihan Keciq adalah kekili Shimano Antares DC MD dan dipadankan dengan joran NinjX Baretta 8-17LB untuk mengilat gewang jenis permukaan, Yozuri Popper 3D Inshore.

Sementara pemilihan tali utama adalah Proga Savage X8 50LB bersama perambut Proga Vanish FC 40LB yang merupakan gandingan ideal untuk menghantar gewang melewati spot berbatu dan berstruktur.

“Saya lebih memilih tali yang sedikit kasar kerana keadaan lubuk yang berisiko boleh membuatkan kaki pancing berputih mata apabila berlaku geseran sekira menggunakan tali halus.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang sekira menerima sambaran daripada sebarau berstatus badong.

“Sekira tali yang digunakan tetap putus, saya tidak ralat. Sebaliknya, saya berpuas hati kerana tetapan diguna sudah paling kuat, berbanding mempertaruhkan tali halus tapi putus,” ujarnya.

The post Memburu ‘serigala sungai’ di Royal Belum appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:0012:00
Latest 12:16 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 10:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Memburu ‘serigala sungai’ di Royal Belum · Malaysian Attention Engine