
Mesyuarat khas bincang pelaksanaan Pesta Pulau Pinang minggu depan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TASEK GELUGOR : Satu mesyuarat khas akan diadakan minggu depan bagi membincangkan secara lebih terperinci mengenai penganjuran Pesta Pulau Pinang 2026 yang akan diadakan buat kali pertamanya di Seberang Perai, Disember ini. (Utusan Malaysia, 14:59)
Read the reporting
1 report
Mesyuarat khas bincang penganjuran Pesta Pulau Pinang minggu depan
TASEK GELUGOR : Satu mesyuarat khas akan diadakan minggu depan bagi membincangkan secara lebih terperinci mengenai penganjuran Pesta Pulau Pinang 2026 yang akan diadakan buat kali pertamanya di Seberang Perai, Disember ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah berkaitan isu trafik, tempat letak kenderaan serta beberapa isu lain yang berbangkit khususnya di lokasi penganjuran iaitu Kubang Menerong di sini.
Katanya, selain MBSP, turut-serta dalam mesyuarat itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk pemaju kawasan perumahan yang sedang dalam pembinaan di situ.
“Persiapan Majlis (MBSP) pada peringkat sekarang ialah untuk membantu kelancaran trafik di kawasan penganjuran pesta terutamanya ketika waktu puncak sekali gus dapat mengurangkan isu kepada penduduk setempat.
“Begitu juga dengan masalah ‘parking’. Kita akan cuba tangani dengan sebaik mungkin. Jadi, mesyuarat koordinasi ini amat penting untuk memastikan acara tahunan yang sinonim dengan Pulau Pinang ini berjalan lancar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan projek naik taraf kawasan lapang dan tempat letak kenderaan di Jalan Kubang Menerong, hari ini.
Bulan lepas, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa penganjuran Pesta Pulau Pinang bagi edisi ke-60 akan diadakan buat pertama kalinya di Seberang Perai iaitu di Kubang Menerong, Tasek Gelugor selepas lebih lima dekad berlangsung di Sungai Nibong.
Pertukaran lokasi itu terpaksa dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) oleh MRT Corp.
Dalam pada itu, Baderul Amin berkata, projek naik taraf kawasan lapang dan tempat letak kenderaan di Jalan Kubang Menerong yang bernilai hampir RM600,000 itu telah siap sejak lebih tiga bulan lalu mengikut kontrak.
Katanya, matlamat projek itu antara lain ialah untuk membangunkan ruang parkir yang lebih teratur, meningkatkan keselamatan pergerakan kenderaan dan pejalan kaki serta memudahkan akses penduduk ke kemudahan rekreasi.
“Selain itu, usaha ini juga dilihat mampu mengoptimumkan penggunaan kawasan lapang sebagai ruang riadah dan interaksi sosial dalam kalangan komuniti setempat,” ujar beliau.-UTUSAN
The post Mesyuarat khas bincang penganjuran Pesta Pulau Pinang minggu depan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.