Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat49Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46'Tindakan kamu merompak mangsa yang cedera jatuh longkang dan mati, amat keterlaluan' - Hakim4429 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen44General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry40Trump says he will not attack before US elections in November40General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi37Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts37General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon37Penganggur dipenjara 15 tahun bunuh rakan
NewConfirmedupdated 3 h ago

MyTLAS Plus boleh jadi tiket kayu Malaysia ke pasaran premium global

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
26
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 9 Oct, 11:00 MYTLatest activity 9 Oct, 12:02MixedBMconfidence 80%

What happened

Pakar berkata sistem baharu diperkenalkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia merapatkan jurang antara sistem perhutanan tempatan dengan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah. (Gambar Envato Elements) PETALING JAYA: Sistem Jaminan Kesahihan Kayu Kayan Malaysia Plus (MyTLAS Plus) bukan sekadar membantu industri perkayuan tempatan memenuhi syarat ketat Kesatuan Eropah (EU), malah boleh menjadi kelebihan untuk menembusi pasaran premium global, kata pakar. (Free Malaysia Today, 11:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

MyTLAS Plus boleh jadi tiket kayu Malaysia ke pasaran premium global

By Chia Wan Rou · 9 Oct, 11:00 MYT

Pakar berkata sistem baharu diperkenalkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia merapatkan jurang antara sistem perhutanan tempatan dengan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah. (Gambar Envato Elements) PETALING JAYA: Sistem Jaminan Kesahihan Kayu Kayan Malaysia Plus (MyTLAS Plus) bukan sekadar membantu industri perkayuan tempatan memenuhi syarat ketat Kesatuan Eropah (EU), malah boleh menjadi kelebihan untuk menembusi pasaran premium global, kata pakar.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie, berkata sistem baharu diperkenalkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu merapatkan jurang antara sistem perhutanan tempatan dengan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).

Lee Heng Guie. Katanya, pematuhan piawaian EU juga boleh meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia di pasaran lain yang mempunyai kawal selia ketat seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Australia.

“Sekiranya syarikat eksport kita berjaya memenuhi kepatuhan piawaian EU yang ketat serta pasaran premium tinggi bagi produk seperti papan lapis, kumai dan pertukangan kayu, ia secara tidak langsung meningkatkan daya saing global Malaysia,” katanya kepada FMT.

Namun, Lee berkata kegagalan menyesuaikan diri dengan piawaian baharu itu boleh menyebabkan sekatan eksport, penyitaan barangan di pelabuhan EU atau penyingkiran daripada pasaran.

Beliau berkata, pengeksport perlu mendigitalkan data rantaian bekalan, termasuk menggunakan perisian sistem maklumat geografi (GIS) bagi plot penebangan melebihi empat hektar serta menaik taraf sistem dalaman.

Katanya, pengusaha kecil pula berdepan cabaran lebih besar kerana kekurangan modal dan tenaga kerja untuk memetakan tanah, sekali gus berisiko tersisih daripada rantaian bekalan eksport.

Pakar ekonomi alam sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Norlida Hanim Salleh, berkata pematuhan MyTLAS Plus perlu dilihat sebagai pelaburan strategik untuk membuka akses kepada pasaran premium dan meningkatkan pengiktirafan ESG.

Norlida Hanim Salleh. Katanya, data kebolehjejakan sistem itu turut membantu produk kayu Malaysia memenuhi keperluan kelestarian di pasaran lain, termasuk UK dan Jepun.

“Keperluan sistem jejak geolokasi ini bukan sekadar mengelakkan sekatan pasaran, malah ia membolehkan pembeli global mengesahkan bukti sifar penyahhutanan menerusi kod QR pada produk, sekali gus menjustifikasikan jualan pada harga premium,” katanya.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), William Ng, pula berkata MyTLAS Plus dan penjejakan geolokasi diperkenalkan tepat pada masanya bagi menangani tekanan kawal selia pasaran eksport utama.

William Ng. “Menolak pematuhan ini bermakna kita terpaksa keluar sepenuhnya daripada pasaran Eropah.

“Bagi memastikan MyTLAS Plus memberikan kelebihan yang saksama, agensi seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia MTIB dan Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC) perlu aktif membantu kilang serta bengkel kecil untuk memenuhi piawaian ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Kayu Sabah (STIEU), Engrit Liaw, turut menyokong langkah berkenaan, sambil berkata keyakinan pembeli antarabangsa mampu memberi kestabilan jangka panjang kepada industri perkayuan tempatan.

Katanya, sokongan kewangan dan teknikal kepada pengusaha kecil penting bagi memastikan mereka mampu mematuhi piawaian baharu itu dan mengelak risiko disenarai hitam pasaran yang boleh menjejaskan mata pencarian pekerja.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow12:0013:0014:0015:00
Latest 15:22 MYT
26New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
9 Oct, 11:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    11:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

MyTLAS Plus boleh jadi tiket kayu Malaysia ke pasaran premium global
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.