Malaysian Attention Engine
Live wire
53Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS48General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol46Baki penerima bantuan khas pemandu akan dibayar melalui EFT - Anthony Loke44Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister4475 peratus tahanan 41 penjara terlibat kes dadah42Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut40Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy39Majlis Keselamatan PBB adakan pusingan keenam pungutan suara pilih Setiausaha Agung Baharu39Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial39PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang39Nik Nazmi akui ditahan JAIS, nafi perbuatan sumbang, mohon maaf
NewConfirmedupdated 2 h ago

Pasir Gudang ‘ditelan’ jerebu, penduduk luah kebimbangan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 13:15 MYTLatest activity 17 Oct, 13:15BMconfidence 80%

What happened

Pasir Gudang ‘ditelan’ jerebu, penduduk luah kebimbangan (Google News Malaysia (BM), 13:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Pasir Gudang ‘ditelan’ jerebu, penduduk luah kebimbangan

By KHAIRUL MOHD ALI dan RAJA JAAFAR ALI · 17 Oct, 13:15 MYT

JOHOR BAHRU: Pemandangan kawasan sekitar bandar raya Pasir Gudang, di sini termasuk di kawasan perumahan ‘hilang’ akibat diselubungi jerebu tebal, tertinggi dalam negara sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia dari tingkat 20 Menara Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mendapati keadaan jerebu di kawasan itu amat ketara sehingga menjejaskan jarak penglihatan masyarakat setempat.

Keadaan itu menggambarkan tahap kualiti udara yang masih membimbangkan meskipun rekod rasmi menunjukkan berlaku sedikit penurunan hari ini, berbanding semalam.

Setakat pukul 12 tengah hari, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pasir Gudang mencatatkan penurunan kepada 198 berbanding 207 yang direkodkan, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Taman Bukit Dahlia, Badrull Hisyam Adam, 36, berkata, keadaan jerebu di Pasir Gudang menjadi semakin teruk sejak minggu ini berbanding beberapa minggu lalu.

“Keadaan ini menjejaskan urusan harian penduduk, bukan sahaja sesi persekolahan ditutup, tetapi urusan lain seperti membeli belah atau berkunjung ke rumah saudara juga terjejas.

“Kami amat berharap keadaan akan semakin pulih kerana bimbang sekiranya situasi ini berterusan, keadaan kesihatan penduduk khususnya anak-anak kecil dan warga emas akan terjejas,” kata bapa kepada lima cahaya mata berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Pasir Gudang, Muhammad Zaki Supaid, 43, pula berkata, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan persekolahan anak-anak, tetapi juga urusan perniagaan masyarakat tempatan.

“Saya menjalankan perniagaan runcit, tetapi dalam keadaan jerebu jumlah pelanggan berkurang dengan mendadak. Mungkin mereka memilih untuk kekal berada di dalam rumah berbanding keluar berbelanja.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, ia pasti turut menjejaskan pendapatan golongan peniaga seperti kami,” katanya yang telah menjalankan perniagaan sejak kira-kira 20 tahun lalu.-UTUSAN

The post Pasir Gudang ‘ditelan’ jerebu, penduduk luah kebimbangan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:10 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
17 Oct, 13:15 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Pasir Gudang ‘ditelan’ jerebu, penduduk luah kebimbangan
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.