Malaysian Attention Engine
Live wire
49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42General : Malaysia, Singapore Seek Closer Education Cooperation - Fadhlina42Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Penzahiran Darjah Kebesaran Negeri Sembilan40Pegawai kerajaan maut ditikam suami38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara36Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut36AKPS officer allegedly killed by husband was in divorce proceedings, says brother36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang35World : AFC President Says Asian Cup Could Be Postponed To 202835FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif34Suami isteri didenda RM3,000 simbah cat merah pada rumah mangsa sindiket along
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Pemimpin DAP soal pendirian KJ berkait 47 pertuduhan Zahid

Only social or community posts, or a single source.

Attention
13
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 11:11 MYTLatest activity 16 Oct, 11:17ENBMconfidence 80%

What happened

What's your stand on Zahid's 47 charges, DAP man asks KJ (Free Malaysia Today, 11:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Pemimpin DAP soal pendirian KJ berkait 47 pertuduhan Zahid

By FMT Reporters · 16 Oct, 11:17 MYT

Pemimpin DAP Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Khairy Jamaluddin hanya lebih lantang mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB selepas Barisan Nasional hilang kuasa pada 2018. PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mencabar Khairy Jamaluddin menyatakan pendiriannya berhubung 47 pertuduhan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi yang dihentikan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan sama ada Khairy berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban yang sama apabila melibatkan sekutu politiknya.

Ia susulan kenyataan bekas ketua Pemuda Umno itu bahawa salah laku tidak seharusnya dipertahankan, termasuk jika membabitkan pemimpin parti sendiri.

Sheikh Umar memuji pendirian Khairy itu, namun mempersoalkan sama ada bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan mengambil sikap sama terhadap pertuduhan yang pernah dihadapi Zahid, yang juga timbalan perdana menteri.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Dewan Negara itu berkata tindakan Khairy sebelum ini mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak ketika tercetusnya skandal 1MDB menimbulkan persoalan mengenai konsistensi pendiriannya.

Beliau berkata Khairy hanya menjadi lebih lantang mengkritik Najib selepas Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum 2018.

“Sekarang elok juga KJ jawab soalan saya. Apa pendirian beliau mengenai kes melibatkan Zahid?” katanya.

Sheikh Umar berkata Khairy perlu menjelaskan pendiriannya supaya tidak dilihat sebagai individu yang mengubah prinsip mengikut kepentingan peribadi atau politik.

Khairy pada International Young Future Leaders Summit, Selasa lalu berkata salah laku tidak boleh sesekali dipertahankan, walaupun melibatkan pemimpin Umno.

Bekas menteri itu berkata kesetiaan politik tidak seharusnya mengatasi integriti, sambil menegaskan dakwaan salah laku dan salah urus perlu ditangani.

Beliau menjawab soalan seorang pelajar berhubung kebimbangan mengenai rasuah serta sumbangan dan sokongan orang ramai kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang kini dipenjarakan.

Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi, malah pernah diperintahkan membela diri.

Pada September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) sementara menunggu siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada Januari, Jabatan Peguam Negara berkata kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 27NEWnow
Latest 12:49 MYT
13New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
16 Oct, 11:11 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    11:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.