Penduduk empat kampung berdepan ancaman harimau
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA KRAI – Lebih 500 penduduk di Kampung Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di sini diselubungi kebimbangan susulan kemunculan seekor harimau sejak Isnin lalu.Lebih merisaukan, perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menangkap karnivor itu sebaliknya dimasuki seekor beruang pada Rabu.Penghulu Mukim Sungai Mengkuang, Zulkifli Sulaiman berkata, kehadiran pak belang itu dikesan berkeliaran di kawasan kebun sawit sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.Menurut beliau, kehadiran haiwan liar itu mula di (Sinar Harian, 15:14)
Read the reporting
1 reportPenduduk empat kampung berdepan ancaman harimau
KUALA KRAI – Lebih 500 penduduk di Kampung Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di sini diselubungi kebimbangan susulan kemunculan seekor harimau sejak Isnin lalu.Lebih merisaukan, perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menangkap karnivor itu sebaliknya dimasuki seekor beruang pada Rabu.Penghulu Mukim Sungai Mengkuang, Zulkifli Sulaiman berkata, kehadiran pak belang itu dikesan berkeliaran di kawasan kebun sawit sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.Menurut beliau, kehadiran haiwan liar itu mula diketahui selepas seorang pekerja kebun warga Indonesia terserempak dengan pak belang tersebut sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berwajib."Perhilitan kemudian datang ke kawasan kebun untuk bertemu penduduk dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu."Kami di sini semakin bimbang apabila seekor lembu milik seorang penduduk dikenali sebagai Awang Tu dilaporkan menjadi mangsa serangan haiwan liar di kawasan berkenaan pada petang Selasa," katanya kepada pemberita pada Rabu.Ujar beliau, kejadian itu menyebabkan penduduk semakin bimbang untuk keluar bekerja, terutama mereka yang bergantung kepada aktiviti menoreh getah dan mengusahakan kebun bagi menyara kehidupan.Menurutnya, penduduk berharap tindakan lanjut pihak berkuasa dapat menangani ancaman berkenaan supaya mereka dapat kembali menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat."Kehadiran harimau ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk, malah mengganggu rutin harian mereka yang perlu keluar ke kebun untuk mencari rezeki," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian15:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.