
'Penyakit kulit ini makin teruk, saya rindu mahu kembali ke sekolah'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Penyakit kulit ini makin teruk, saya rindu mahu kembali ke sekolah' (Harian Metro, 20:02)
Read the reporting
1 report
'Penyakit kulit ini makin teruk, saya rindu mahu kembali ke sekolah'
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Bera: "Saya tak tahu bila boleh kembali bersekolah dan jujurnya agak patah semangat kerana penyakit kulit ini macam bertambah teruk.
"Kalau boleh, saya nak hidup macam rakan yang lain kerana enggan ketinggalan memandangkan tahun depan perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."
Demikian luahan Muhammad Raiyan Akram Mohd Khairulazwa, 16, atau Akram ketika berkongsi perkembangannya yang masih berjuang dengan penyakit kulit kronik dikenali psoriasis.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pergerakannya terbatas hingga tidak dapat ke sekolah dan sering menjadi mangsa ejekan.
Bagi mengisi masanya, Akram yang menetap di Felda Rentam , di sini cuba mencari rezeki dengan mengambil upah menerusi jualan gabungan pemasaran di media sosial atau 'affiliate'.
"Tapi akaun saya disekat dan mungkin kerana status saya yang masih dikategorikan bawah umur.
"Sedih juga kerana niat saya cuma nak membantu keluarga memandangkan kami bukannya orang senang.
"Kasihan mengenangkan emak, Norhamizah Abdul Rahim, 37, dengan ayah, Mohd Khairulazwa Annuar, 39, yang perlu menyara tiga lagi adik berumur lima, 10 dan 14 tahun," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Akram berkata, buat masa ini, dia bergantung dengan krim sapu dengan isipadu 30 gram namun ia hanya bertahan selama dua hari kerana digunakan pada hampir seluruh badan.
Menurut Akram, harga krim digunakan agak mahal iaitu RM86.90 setiap satu jadi itu yang menjadi masalah buatnya ketika ini.
"Ayah bekerja sebagai pomen (mekanik) di Genting Highlands, Pahang dan hanya pulang ke rumah sekali dalam sebulan.
"Emak pula hanya menjual enoki goreng dan saya sedar hasil pendapatan mereka bukan untuk saya semata-mata.
"Jadi saya tak boleh nak meminta-minta malah bekalan ubat sapu digunakan pun sudah lebih sebulan habis dan tak dapat beli yang baru kerana kesempitan wang," katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0611341100003439 atas nama Muhammad Raiyan Akram Mohd Khairulazwa.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah kehidupan Akram yang berubah sekelip mata apabila tubuhnya dipenuhi tompok putih akibat psoriasis.
Perubahan dialami pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar 32, di sini, bermula awal tahun lalu apabila tompok putih muncul secara tiba-tiba pada bahagian leher sebelum merebak ke seluruh badan, hanya dalam tempoh tiga bulan.
Menurut Akram, keadaan menjadi semakin teruk pada Disember lalu apabila kulitnya mula tegang sehingga menyukarkannya berjalan seperti biasa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.