Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat49Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46'Tindakan kamu merompak mangsa yang cedera jatuh longkang dan mati, amat keterlaluan' - Hakim4429 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen44General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry40Trump says he will not attack before US elections in November40General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi37Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts37General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon37Penganggur dipenjara 15 tahun bunuh rakan
NewUnconfirmedupdated 15 h ago

Perang Amerika, Israel dan Iran: Negara Asia percepat usaha tingkat simpanan minyak, perluas tenaga boleh diperbaharui

Only social or community posts, or a single source.

Attention
9
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 23:55 MYTLatest activity 8 Oct, 23:55BMconfidence 60%

What happened

Perang Amerika, Israel dan Iran: Negara Asia percepat usaha tingkat simpanan minyak, perluas tenaga boleh diperbaharui (Google News Malaysia (BM), 23:55)

Read the reporting

1 report
Photo: berita.mediacorp.sg
berita.mediacorp.sg·News·BM·3 min read

Perang Amerika, Israel dan Iran: Negara Asia percepat usaha tingkat simpanan minyak, perluas tenaga boleh diperbaharui

8 Oct, 23:55 MYT

Negara-negara Asia sedang mempercepat usaha meningkatkan kapasiti simpanan minyak, menyiapkan grid tenaga serantau dan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai respons terhadap risiko bekalan disebabkan oleh perang ke atas Iran.

Sebuah kapal tangki kecil belayar berhampiran loji penapisan minyak di Kawasan Perindustrian Keihin, Kawasaki, selatan Tokyo, Jepun, pada 17 Mac 2026. (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

  • Asian countries, especially ASEAN along with Japan and Australia, are accelerating oil stockpiles, a regional grid and clean energy following supply risks arising from the war against Iran.
  • Southeast Asia is highly vulnerable because 80 per cent of the oil passing through the Strait of Hormuz from the Gulf region had been channelled to the region before the war began.
  • The Philippines, this year's ASEAN chairman, wants national oil reserves by the end of 2027 and could prioritise emergency use for its own country.
  • ASEAN has also set a higher renewable energy target and is reviewing its long-standing regional grid so that connectivity does not have to wait until 2045.
  • Negara Asia, terutama ASEAN bersama Jepun dan Australia, mempercepat simpanan minyak, grid serantau dan tenaga bersih susulan risiko bekalan akibat perang ke atas Iran.
  • Asia Tenggara sangat terdedah kerana 80 peratus minyak melalui Selat Hormuz dari rantau Teluk disalurkan ke rantau ini sebelum perang bermula.
  • Filipina, pengerusi ASEAN tahun ini, mahu rizab minyak nasional menjelang akhir 2027 dan boleh memberi keutamaan penggunaan kecemasan kepada negaranya.
  • ASEAN turut menetapkan sasaran tenaga boleh diperbaharui lebih tinggi dan mengkaji semula grid serantau lama supaya penyambungan tidak menunggu sehingga 2045.

Asia Tenggara paling teruk terjejas dari segi bekalan tenaga memandangkan 80 peratus minyak yang diangkut melalui Selat Hormuz dari rantau Teluk disalurkan ke rantau ini sebelum perang ke atas Iran bermula.

"Usaha yang paling maju setakat ini ialah sokongan terhadap pembangunan sistem simpanan minyak di setiap negara serta simpanan minyak bersama di peringkat serantau secara sukarela," menurut sembilan negara Asia Tenggara dalam satu kenyataan bersama yang turut dikeluarkan bersama Jepun dan Australia.

Jepun bersetuju dengan pelan tindakan bersama rakan-rakannya di Asia untuk meningkatkan rizab minyak mentah di seluruh rantau ini, menyusuli mesyuarat Masyarakat Pelepasan Sifar Asia (AZEC) yang diterajui Jepun, menurut seorang menteri negara Jepun bagi perdagangan pada Khamis (8 Okt).

Menyusuli satu sesi berasingan bersama Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Menteri Negara bagi Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Takagi Kei, berkata kedua-dua negara menyatakan kesediaan untuk bekerjasama bagi memperkukuh kapasiti simpanan minyak Asia.

Filipina, yang mengimport hampir keseluruhan bekalan minyak mentah dan bahan apinya, akan mewujudkan rizab minyak nasional menjelang akhir 2027, kata Setiausaha Tenaganya Sharon Garin pada Khamis. Beliau menambah bahawa rizab tersebut kemudian boleh dijadikan sebagai simpanan minyak serantau.

Negara kepulauan Asia Tenggara itu merupakan pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) tahun ini.

Cik Garin berkata negara-negara akan membuat keputusan sama ada mereka mahu menjadi lokasi penyimpanan minyak serantau. Syarat-syarat penjualan minyak juga akan ditentukan oleh negara tuan rumah masing-masing.

"Di Filipina, apa yang kami mahukan ialah sekiranya terdapat negara yang ingin menyimpan minyak mentah atau produk petroleum mereka di sini, Filipina akan diberi keutamaan untuk menggunakan simpanan tersebut sekiranya berlaku kecemasan," kata beliau.

Negara-negara anggota ASEAN turut berikrar untuk meningkatkan penggunaan tenaga bersih dalam penjanaan elektrik, dengan sasaran tenaga boleh diperbaharui merangkumi 30 peratus daripada jumlah bekalan tenaga utama dan 45 peratus daripada jumlah kapasiti penjanaan elektrik.

Rantau ini merupakan antara yang paling ketinggalan dalam melaksanakan peralihan kepada tenaga hijau.

Tenaga boleh diperbaharui hanya merangkumi 14.1 peratus daripada bekalan tenaga utama, jauh di bawah sasaran 25 peratus bagi 2025. Sementara itu, kapasiti penjanaan tenaga hijau mencecah 33.7 peratus daripada jumlah kapasiti sejak 2020, berbanding sasaran 35 peratus bagi 2025, menurut tinjauan tenaga ASEAN kesembilan yang diterbitkan minggu ini.

Negara-negara tersebut turut mencapai persetujuan awal yang diperkukuh untuk membangunkan grid tenaga serantau yang sudah lama tertangguh, yang disifatkan Cik Garin sebagai satu pencapaian penting. Gagasan rangkaian elektrik serantau tersebut pertama kali diumumkan pada Disember 1997.

"Kajian pertama menyasarkan penyambungan grid menjelang 2045, tetapi tempoh itu terlalu lama kerana masih ada 20 tahun lagi. Jadi, mereka sedang mengkaji semula rancangan tersebut untuk mempercepatkan pelaksanaannya," kata Cik Garin.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 15NEWnow08:0011:0014:00
Latest 15:22 MYT
9New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 23:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    23:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.