
Peruntukan KKDW: Ahli Parlimen BN persoal DAP ‘gian’ lapor SPRM walau isu telah selesai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Ahli Parlimen Tampin, Isam Isa, kata 'penyelarasan peruntukan' merupakan perkara biasa dalam pengurusan kewangan awam, sambil membidas tindakan pemimpin DAP membuat laporan polis berkaitan perbelanjaan KKDW. (UMNO pic) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan pemimpin DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sebalik penjelasan Perbendaharaan. (Free Malaysia Today, 19:59)
Read the reporting
1 report
Peruntukan KKDW: Ahli Parlimen BN persoal DAP ‘gian’ lapor SPRM walau isu telah selesai
Ahli Parlimen Tampin, Isam Isa, kata 'penyelarasan peruntukan' merupakan perkara biasa dalam pengurusan kewangan awam, sambil membidas tindakan pemimpin DAP membuat laporan polis berkaitan perbelanjaan KKDW. (UMNO pic) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan pemimpin DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sebalik penjelasan Perbendaharaan.
Mengulas tindakan Chong Zhemin (PH-Kampar) membuat laporan kepada SPRM berhubung peruntukan bagi projek jalan luar bandar bawah KKDN, Isam Isa (BN-Tampin) berkata Perbendaharaan mengesahkan bahawa 'isu teknikal penyelarasan' itu telah pun selesai.
"Tetapi kenapa DAP masih gian untuk membuat laporan pada 6 Oktober 2026?" soalnya di Dewan Rakyat, ketika membahaskan Belanjawan 2027.
Pada 6 Okt lalu, Chong menggesa SPRM menyiasat peranan Menteri Zahid Hamidi berhubung perbezaan RM2.1 bilion antara peruntukan dan perbelanjaan bagi projek jalan luar bandar itu.
Laporan Chong itu dibuat selepas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Zamzuri Abdul Aziz pada 1 Okt lalu menjelaskan isu dakwaan KKDW 'berbelanja melebihi peruntukan' sudah selesai. Tetapi beliau tidak memperincikan penyelesaian berkenaan.
Isam berkata 'penyelarasan peruntukan' merupakan perkara biasa dalam pengurusan kewangan awam, sambil merujuk kepada kenyataan Zamzuri.
Beliau juga berharap Kementerian Kewangan membentangkan kepada Dewan Rakyat tentang kementerian-kementerian lain yang melakukan 'penyelarasan peruntukan' supaya DAP boleh membuat laporan kepada SPRM.
"Ini bukan lagi soal ketelusan, ini jelas merupakan satu lagi gimik politik murahan DAP untuk membina persepsi buruk terhadap kepimpinan KKDW," katanya.
DAP dan Barisan Nasional berada dalam blok pemerintah. Zahid merupakan pengerusi BN, presiden Umno, dan timbalan perdana menteri.
Zahid sebelum ini menafikan KKDW berbelanja melebihi peruntukan diluluskan, menegaskan kementeriannya berbelanja mengikut jumlah yang diluluskan kerajaan atau dinyatakan dalam belanjawan.
Penafian itu dibuat selepas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican memaklumkan KKDW sejak beberapa tahun lalu membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan diluluskan bagi projek jalan luar bandar.
Dalam pada itu, Isam menyifatkan serangan terhadap Umno dan BN sama ada di dalam mahupun di luar Dewan Rakyat sebagai sesuatu yang dijangka menjelang PRN Melaka dan PRU16.
Beliau turut mengkritik RSN Rayer (DAP-Jelutong) berhubung gesaan supaya peguam negara meneliti semula pertuduhan berkaitan rasuah yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi, mengingatkan akan gesaan memisahkan peranan peguam negara daripada pendakwa raya.
Pada 4 Sept 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding kerana berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.
Isam turut menyentuh mengenai persaingan politik menjelang PRN Melaka, mengatakan BN yakin mampu mengukuhkan kedudukan susulan perkembangan di Johor dan Negeri Sembilan, yang meyaksikan kemenangan BN pada PRN yang diadakan.
Beliau berpesan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, supaya tidak memandang mudah kekuatan BN.
"Saya cuma mahu mengingatkan, janganlah terlalu mendabik dada dan 'berangan-angan Mat Jenin'. 'Gelombang Biru' telah pun terbukti kukuh di bumi Johor dan Negeri Sembilan. Insya-Allah, Melaka juga bakal dibirukan," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today19:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.