
Polis Korea Selatan tahan lelaki disyaki tikam 8 individu di pusat beli-belah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEOUL: Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki yang disyaki menikam lapan individu di sebuah pusat beli-belah di bandar Incheon, semalam dengan seorang daripada mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. (Berita Harian, 14:48)
Read the reporting
1 report
Polis Korea Selatan tahan lelaki disyaki tikam 8 individu di pusat beli-belah
SEOUL: Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki yang disyaki menikam lapan individu di sebuah pusat beli-belah di bandar Incheon, semalam dengan seorang daripada mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Agensi berita Yonhap melaporkan, jurucakap polis berkata pihaknya sedang menyiasat motif dan punca yang membawa kepada serangan itu.
Seorang saksi yang dipetik Yonhap berkata, suspek dipercayai mengikat pisau pada kedua-dua tangannya sebelum bergerak ke beberapa tingkat pusat beli-belah itu sambil menyerang orang ramai, sebelum ditumpaskan orang awam dan diserahkan kepada polis.
Presiden Lee Jae-myung menggesa siasatan dijalankan dengan segera dan menyeluruh selepas melawat Agensi Polis Metropolitan Incheon serta menerima taklimat mengenai kejadian itu, menurut pejabatnya.
"Saya mendoakan mereka yang cedera dalam kes serangan pisau secara rambang hari ini segera pulih," katanya menerusi hantaran di platform X.
Yonhap melaporkan, mangsa terdiri daripada enam wanita dan dua lelaki. Seorang wanita berusia lingkungan 20-an menjalani pembedahan di sebuah hospital berhampiran selepas mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Agensi itu turut melaporkan, suspek berusia 59 tahun berkenaan pernah menjalani hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan cubaan membunuh.
Kementerian Kehakiman dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek dipakaikan gelang pemantauan elektronik pada buku lali sejak dibebaskan pada 2019 dan menerima rawatan bagi masalah kesihatan mental serta ketagihan alkohol.
Sistem pemantauan elektronik itu adalah program pencegahan jenayah yang meliputi individu yang disabitkan dengan pelbagai kesalahan, termasuk pembunuhan.
Kementerian berkenaan berikrar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sistem itu, yang menggunakan penjejakan GPS masa nyata untuk memantau pesalah berisiko tinggi selepas dibebaskan dari penjara.
Sebelum ini, Korea Selatan dikejutkan dengan beberapa siri serangan pisau secara rambang pada 2023, termasuk kejadian yang mengorbankan dan mencederakan beberapa individu.
Terbaharu, pada Mei lalu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut ditikam, manakala seorang lagi remaja cedera dalam kejadian di bandar Gwangju, barat daya negara itu.
Lelaki berusia lingkungan 20-an yang melakukan serangan berkenaan kemudian dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah. - REUTERS
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.