
Red Eagles idam ke pentas final
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Red Eagles idam ke pentas final (Harian Metro, 19:32)
Read the reporting
1 report
Red Eagles idam ke pentas final
sukan@hmetro.com.my
Alor Setar : Wakil skuad bola sepak wanita dari utara, Red Eagles Soccer Club (RESC) memiliki strategi terbaik untuk menghadapi cabaran lebih hebat pada pusingan separuh akhir Liga Wanita Nasional (LWN) yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 24 Oktober ini.
Kedudukan RESC pada tangga keempat liga dengan pungutan 10 mata melalui 10 perlawanan memberi sinar terbaik dalam meneruskan cabaran separuh akhir menentang Sabah FA yang kini mengungguli carta dengan 26 mata sebaik menamatkan aksi kumpulan semalam.
Ketua Jurulatih RESC Firdaus Azid berkata, skuadnya yang berkedudukan empat terbaik dalam carta liga kini memberi tumpuan bagi menghadapi cabaran sengit daripada tiga lagi pasukan teratas liga iaitu Sabah FA, Selangor FC dan Kelana United FC yang dianggap skuad-skuad pilihan ke pentas final kejohanan ini.
"Walaupun kami bukan dianggap pasukan pilihan atau 'favourite' dalam saingan separuh akhir ini, namun kami memiliki tekad yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah meskipun akan berdepan tiga pasukan besar dalam kejohanan ini.
"Impian dan fokus kami kini adalah mahu melangkah ke pentas akhir dan itu yang kami sematkan dalam minda setiap pemain walau apa jua rintangan yang akan ditempuhi dalam saingan separuh akhir itu nanti.
"Bagi kami, sasaran yang kami letakkan ini tidak mustahil dalam impian setiap pasukan yang mahukan kejayaan. Biar aksi sebenar dalam tempoh permainan itu sendiri yang akhirnya akan memberi jawapannya dan kami berharap sasaran kami ini menjadi kenyataan," katanya.
Firdaus turut memaklumkan skuadnya yang rata-rata di wakili remaja bawah 21 tahun dan turut memilki dua wakil ke skuad kebangsaan iaitu Nornabilah Asmadi (Bella) dan Nur Qaisara Inarah yang berada dalam senarai pemain bersedia, bakal menambahkan lagi motivasi semua pemain dalam pasukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.