
Reka cerita kena ragut elak denda ganti MyKad, ibu tunggal didenda RM1,000
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BATU PAHAT: Ibu tunggal didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kononnya menjadi mangsa diragut bagi mengelak dikenakan bayaran penggantian MyKad miliknya yang tercicir. (Berita Harian, 15:05)
Read the reporting
1 report
Reka cerita kena ragut elak denda ganti MyKad, ibu tunggal didenda RM1,000
BATU PAHAT: Ibu tunggal didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kononnya menjadi mangsa diragut bagi mengelak dikenakan bayaran penggantian MyKad miliknya yang tercicir.
Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman itu terhadap Keranjeet Kaur Shivinder, 41, selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh kemudian menjelaskan denda itu.
Mengikut pertuduhan, ibu dua anak itu didakwa membuat laporan polis palsu dengan mendakwa diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, pada 12 September lalu.
Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Cyberjaya, Sepang, Selangor, pada jam 12.37 tengah hari, 15 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.