Malaysian Attention Engine
Live wire
57General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan53General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance52Politics : DAP Reps Who Fail To Meet KPIs Risk Not Being Renominated - Loke47Politics : N. Sembilan Crisis Will Not Derail BN's Melaka Polls Preparations - Tok Mat45General : UNESCO Recognition Does Not Guarantee Silat's Survival - Saarani44RM30 juta turap 600 jalan perumahan di Perak39Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa35Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35'Semalam ada ular sawa besar kelihatan di kawasan rumah' - Mangsa banjir bimbang pulang ke kediaman ditenggelami banjir34General : E-commerce Bill To Be Tabled In First Parliament Meeting Next Year - Fuziah
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Saya tahu saya SPM minggu depan…’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 13:14 MYTLatest activity 18 Oct, 13:14BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – Meskipun bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) minggu hadapan, namun beberapa remaja berusia 17 tahun dilihat tetap memilih untuk keluar melepak bersama rakan dan berkumpul di sekitar ibu negara sehingga awal pagi. (Kosmo!, 13:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

‘Saya tahu saya SPM minggu depan…’

By HARRITH HISHAM · 18 Oct, 13:14 MYT

KUALA LUMPUR – Meskipun bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) minggu hadapan, namun beberapa remaja berusia 17 tahun dilihat tetap memilih untuk keluar melepak bersama rakan dan berkumpul di sekitar ibu negara sehingga awal pagi.

Tinjauan Kosmo! dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di Jalan Ampang, di sini, awal pagi tadi, mendapati golongan remaja berusia bawah 18 tahun kini seakan-akan mempunyai ‘lesen’ daripada keluarga untuk melakukan aktiviti sedemikian.

Seorang remaja perempuan yang berasal dari Pantai Dalam mengakui, dia keluar rumah sekitar pukul 2 pagi kerana kelaparan.

Malah, pelajar tersebut sanggup menunggang motosikal didakwa milik rakannya tanpa memiliki lesen memandu.

“Saya tahu saya SPM bulan ini, tapi hari ini saja keluar nak pergi makan dengan kawan-kawan di Kampung Baru. Lagipun, keluarga tahu saya keluar,” katanya ketika ditemui, di sini.

Ketika ditanya mengenai persediaannya menghadapi SPM, remaja berkenaan mengakui berdebar, namun tidak terlalu memikirkannya buat masa ini.

Sementara itu, seorang lagi remaja perempuan mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan sudah beberapa kali keluar lewat malam.

Malah, katanya, dia juga hanya memaklumkan kepada ibu bapanya untuk keluar bersiar di kawasan berdekatan dengan rumah.

“Saya hanya beritahu nak pergi lepak dengan kawan. Ini pun saya nak balik dah sebenarnya. Saya tahu SPM minggu depan. Mula-mula saya tak nak pergi, tetapi kawan pujuk untuk keluar juga,” ujarnya.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 3 pagi itu, seramai 800 penunggang motosikal diperiksa dengan 300 saman dikeluarkan selain 60 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Superintendan Suffian Abdullah berkata, antara kesalahan tertinggi dikesan ialah menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah melibatkan golongan muda berusia antara 16 hingga 30.

Menurutnya, terdapat penunggang yang mengambil mudah risiko perbuatan itu meskipun sudah diberikan nasihat oleh ibu bapa atau penjaga.

“Daripada pemerhatian kita, mereka bukannya tidak tahu, tetapi mereka mengambil mudah perkara yang boleh mengancam nyawa sendiri serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Kita berharap ibu bapa dan penjaga memainkan peranan dengan memberikan nasihat serta memantau pergerakan anak masing-masing supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang membahayakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya tahu saya SPM minggu depan…’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:09 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 13:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.