
'Sedih juga bila tidak dapat dengar panggilan ayah daripada dua anak ini... tapi Allah Maha Mengetahui'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Sedih juga bila tidak dapat dengar panggilan ayah daripada dua anak ini... tapi Allah Maha Mengetahui' (Harian Metro, 10:03)
Read the reporting
1 report
'Sedih juga bila tidak dapat dengar panggilan ayah daripada dua anak ini... tapi Allah Maha Mengetahui'
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Sedih juga bila tak dapat dengar panggilan ayah daripada dua anak saya itu... tapi saya percaya, Allah Maha Mengetahui malah Dia sebaik-baik Perancang,".
Mohd Faqhrullah Mohd Tawil berkongsi kisahnya yang dikurniakan tiga anak dengan dua daripadanya berstatus orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Anak sulungnya, Nur Khalisa Azzahra, 7, yang kini mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Peel, di sini disahkan hilang pendengaran selepas lebih setahun dilahirkan.
Manakala, anak bongsunya, Nur Khawla Ameena, 3, hilang pendengaran ketika awal kelahiran.
Menceritakan kisah itu, Mohd Faqhrullah, 31, yang bekerja sebagai penolong jurutera berkata, dia dan isteri, Nurul Farah Norizan, 30, hilang kata-kata selepas diberitahu doktor mengenai keadaan anak mereka.
"Saya bekerja di kilang selama 12 jam dan anak banyak masa dengan isteri. Tahun pertama ingat anak normal tapi selepas usianya setahun lebih nampak anak tak respon dengan bunyi.
"Jadi saya dan isteri bawa anak ke Klinik Kesihatan untuk saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar Bedah Otorinolaringologi (ENT) di Hospital Kulim, Kedah.
"Doktor lakukan saringan dan mengesahkan kakak (anak sulung) 'profound' atau hilang pendengaran. Waktu itu, saya dan isteri hilang kata-kata kerana kalau kecewa, ibaratnya kami menyalahkan takdir," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini.
Selepas dua tahun menimang cahaya mata pertama, Mohd Faqhrullah dan isteri dikurniakan zuriat kedua iaitu Muhammad Nur Khalish Musa, 5, atau Musa yang dilahirkan normal cuma lambat bertutur.
Meskipun begitu, kegembiraan mereka cuma seketika kerana dua tahun selepas kelahiran Musa, dia dan isteri diuji lagi dengan kelahiran Nur Khawla Ameena yang juga ada masalah pendengaran.
"Cuma rezeki Khawla kerana dapat sumbangan untuk memasang implan koklea iaitu peranti perubatan elektronik pada telinga kanannya yang harganya mencecah RM81,000.
"Saya terima apa yang Allah SWT beri walaupun berdepan cabaran untuk membesarkan anak OKU pendengaran iaitu daripada segi komunikasi.
"Ikutkan, saya pun baru belajar asas bahasa isyarat kerana sebelum ini cipta sendiri (bahasa isyarat) supaya saya dan anak sama-sama faham.
"Tapi anak pun ada ragamnya malah ada waktunya, saya tak faham apa yang anak cakap dan dia juga tak mengerti apa saya sampaikan," katanya yang aktif memuat naik video di TikTok bagi memberi kesedaran mengenai individu juga OKU masalah pendengaran.
Mohd Faqhrullah berkata, dia sudah berdamai dengan takdir dan tekad menggalas tanggungjawab menjaga juga membesarkan anak selagi bernyawa.
Bagaimanapun, Mohd Faqhrullah mengakui ada kebimbangan dalam diri terutama apabila mengenangkan bagaimana kehidupan anak tanpa dia dan isteri.
"Kehidupan mereka sunyi kerana hidup tanpa bunyi. Tapi saya kena positif dan bersyukur kerana sedar ada ibu bapa serta insan lain yang lebih hebat ujiannya.
"Pada awalnya memang sukar dan berasa janggal untuk terima terutama bila berhadapan dengan masyarakat, teman sekerja dan majikan namun saya bersyukur dikelilingi mereka yang memahami, bertolak ansur dan terus bagi sokongan.
"Lagipun, rata-rata rakyat Malaysia sudah ada kesedaran mengenai OKU dan sebagai bapa, saya berharap anak kedua dapat menjaga kakak juga adiknya andai kata saya dengan isteri tiada satu hari nanti," katanya.
Menurutnya, Nur Khalisa Azzahra dan Nur Khawla Ameena masih menjalani pemeriksaan mingguan di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Sementara itu, isterinya, Nurul Farah Norizan, 30, mengakui bukan mudah untuk berdepan ujian berkenaan kerana tiada ahli keluarga yang berstatus OKU pendengaran sebelum ini.
"Mulanya kakak (anak sulung) kemudian dapat adik (anak bongsu) rasa berat tapi jadi kuat sebab suami positif.
"Cabarannya kakak kerana dia tidak menggunakan alat bantuan pendengaran jadi terfikir macam mana nak ajar dia uruskan diri termasuk apabila usianya meningkat dewasa sebagai wanita nanti dalam keadaannya yang ada masalah pendengaran.
"Sekarang, anak kedua (Musa) harapan keluarga kerana satu-satunya lelaki yang boleh menjaga dan menjadi pelindung kakak dan adiknya nanti," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.