
Sime Darby rayu taksiran cukai RM150.18 juta dikenakan LHDN ke atas anak syarikat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd akan merayu terhadap taksiran cukai berjumlah RM150.18 juta, termasuk penalti, yang dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Holdings Bhd (SDHB), bagi tahun taksiran 2017 hingga 2023. (Berita Harian, 20:42)
Read the reporting
1 report
Sime Darby rayu taksiran cukai RM150.18 juta dikenakan LHDN ke atas anak syarikat
KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd akan merayu terhadap taksiran cukai berjumlah RM150.18 juta, termasuk penalti, yang dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Holdings Bhd (SDHB), bagi tahun taksiran 2017 hingga 2023.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby memaklumkan SDHB menerima notis taksiran itu pada 30 September 2026 selepas LHDN memutuskan bahawa pendapatan faedah daripada aktiviti perbendaharaan SDHB tertakluk kepada cukai di bawah Seksyen 4(c) Akta Cukai Pendapatan 1967.
SDHB mempunyai tempoh 30 hari dari tarikh notis berkenaan untuk mengemukakan rayuan.
Menurut Sime Darby, selepas mendapatkan nasihat daripada penasihat cukai dan undang-undang, SDHB berpandangan bahawa syarikat itu mempunyai asas perundangan yang sah untuk mempertikaikan taksiran berkenaan.
"SDHB berhasrat mengemukakan rayuan dan memulakan prosiding undang-undang bagi mencabar asas serta kesahihan notis yang dikeluarkan oleh LHDN," menurut Sime Darby.
Syarikat itu memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting berhubung perkara berkenaan.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.