
'Soal keselamatan lebih penting, kami sekeluarga reda'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Soal keselamatan lebih penting, kami sekeluarga reda' (Harian Metro, 15:31)
Read the reporting
1 report
'Soal keselamatan lebih penting, kami sekeluarga reda'
asmaini@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: "Walaupun penerbangan umrah dibatalkan dan terpaksa berpatah balik ke Johor, namun kami sekeluarga reda. Dalam keadaan sekarang, soal keselamatan lebih penting," kata Zainudin Alibawa, 32.
Ahli perniagaan dari Kluang itu adalah antara lebih 100 jemaah umrah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines sejak 12 Oktober susulan beberapa siri serangan terhadap lapangan terbang di Arab Saudi.
Menurutnya, dia bersama 10 ahli keluarga sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 3 petang Isnin lalu namun mendapat tahu ia dibatalkan kira-kira enam jam sebelum jadual penerbangan.
Katanya, ketika itu dia sekeluarga terdiri daripada 11 ahli keluarga termasuk ibu, isteri, anak berusia enam tahun serta saudara-mara sudahpun hampir tiba di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Jujurnya, kami sekeluarga tidak terkejut dengan pembatalan itu kerana sudah mengikuti perkembangan berita berkaitan konflik di Asia Barat sejak beberapa hari lalu.
"Kami memang sudah bersedia dengan kemungkinan penerbangan dibatalkan dan saya juga sudah berpesan kepada ahli keluarga lain supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi berikutan pelbagai perkara boleh berlaku," katanya.
Zainudin berkata, semua 38 jemaah daripada agensi diambilnya dan beberapa agensi lain yang terkandas ditempatkan di hotel di Nilai, Negeri Sembilan, sementara menunggu penerbangan gantian.
Bagaimanapun Zainudin berkata, selepas dua malam, agensinya mengambil keputusan untuk mendaftar keluar tengah hari ini memandangkan masih tiada kepastian tarikh bilakah penerbangan mereka akan digantikan.
"Kami akan pulang ke Kluang petang ini dan akan menunggu maklumat lanjut daripada pihak agensi umrah.
"Semoga penerbangan gantian akan diperolehi dalam waktu terdekat. Ada kalangan ahli keluarga yang terpaksa menyelaraskan semula cuti kerja susulan pembatalan penerbangan ini," katanya.
Sementara itu, jemaah dari Sarawak, Mohamad Mustapha Jaya, 66, berkata, dia tidak menyangka rancangannya untuk menunaikan umrah buat kali pertama berdepan dengan ujian pembatalan penerbangan.
Pesara kerajaan itu berkata, biarpun diuji dengan pembatalan penerbangan namun dia tetap teruja untuk meneruskannya.
Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan penerbangan dibatalkan kelmarin, rombongan mereka seramai 30 orang dibawa menginap di hotel di Nilai.
"Dalam hal ini, saya berlapang dada kerana mungkin ada hikmah tidak diketahui di sebalik pembatalan penerbangan ini.
"Apapun diharapkan kami akan mendapat tarikh penerbangan baharu dalam minggu ini juga memandangkan rata-rata jemaah sudah tidak sabar lagi untuk menjejakkan kaki ke tanah suci," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.