
SPR Terima 133 Representasi Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SPR Terima 133 Representasi Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak (Google News Malaysia (BM), 19:09)
Read the reporting
2 reports
SPR terima 133 representasi syor kaji semula persempadanan Sarawak
Oleh: BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 133 representasi berhubung Syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Sarawak.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, representasi itu diperoleh selepas SPR mengadakan Pameran Syor KSP Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Sarawak selama sebulan dari 1 hingga 30 September.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 126 representasi ialah representasi membantah, manakala tujuh lagi ialah sokongan terhadap Syor KSP itu.
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas SPR bagi meneliti dan membincangkan semua representasi diterima, khususnya representasi yang memenuhi syarat untuk dipertimbangkan bagi tujuan Siasatan Tempatan.
“Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tatacara Kajian Semula Persempadanan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Khairul Shahril berkata, SPR akan membuat ketetapan berhubung proses Siasatan Tempatan selepas Mesyuarat Khas itu dan notis untuk menghadiri prosiding siasatan tempatan akan dihantar kepada semua pihak yang layak selewat-lewatnya dua minggu sebelum prosiding dijalankan.
Dalam menjalankan kajian itu, SPR diberikan tempoh selama dua tahun untuk menyiapkan kajian tersebut bermula dari tarikh tersiarnya notis yang disebut dalam Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, iaitu 1 September 2026.
Ia sehinggalah laporan akhir kajian dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 10, Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)20:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

