Malaysian Attention Engine
Live wire
48General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am46Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini43Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak40Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa39World : Canadian PM Confirms 4 Killed In Military Base Fire38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir3626 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu35General : UMT Strengthens Global Standing This Year35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tegar aktifkan diri pelbagai aktiviti demi nikmati tubuh sihat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 07:03 MYTLatest activity 19 Oct, 07:03BMconfidence 60%

What happened

Tegar aktifkan diri pelbagai aktiviti demi nikmati tubuh sihat (Harian Metro, 07:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

Tegar aktifkan diri pelbagai aktiviti demi nikmati tubuh sihat

By Nor Syazrina Muhamad Tahir · 19 Oct, 07:03 MYT

syazrina@hmetro.com.my

KETIKA kebanyakan individu seusianya memilih untuk berehat selepas bersara, Osman Sulaiman, 65, sebaliknya membuktikan usia bukan penghalang untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Pesara swasta yang menetap di Merbok, Kedah itu bukan sahaja menjadikan aktiviti mendaki sebagai pengisian hujung minggu, malah turut menyertai program kemasyarakatan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia termasuk aktiviti eksplorasi alam dan pembersihan sungai bersama golongan belia.

Malah, dalam satu program kira-kira dua minggu sebelum temu bual, Osman menjadi peserta paling berusia dalam kalangan peserta yang menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Bagi Osman yang juga anak keempat daripada lapan beradik itu, kehidupan selepas bersara bukan alasan untuk menghabiskan masa dengan duduk di rumah, sebaliknya peluang untuk terus bergerak, menjaga kesihatan dan melakukan perkara yang dirasakan bermanfaat.

"Setiap hujung minggu, saya akan pergi mendaki, gunung atau bukit, mesti kena tengok benda hijau. itu 'healing' saya dengan alam ini tak boleh berpisah," katanya.

Kecintaannya terhadap alam bermula di usia muda apabila beliau mengikuti aktiviti perkhemahan sejak zaman persekolahan, selain melakukan aktiviti lasak bersama arwah abang sulungnya pada 1989.

Menurutnya, pengalaman mendaki secara lasak menjadi antara kenangan penting bermula ketika menawan Gunung Fuji di Jepun pada 2006 pada usia 45 tahun, sebelum meneruskan pendakian di beberapa gunung lain termasuk Gunung Ledang, Gunung Nuang dan Gunung Kinabalu sebanyak tiga kali.

Kata Osman yang turut dikenali sebagai 'Man Gunung,' antara pencapaian paling dibanggakannya adalah berjaya menawan Gunung Tahan, yang menurutnya menawarkan cabaran perjalanan panjang serta pemandangan mengagumkan dengan pendakian boleh mengambil masa antara tujuh hingga sembilan hari.

"Alhamdulillah, saya sempat juga mendaki di gunung G7 (Gunung Tahan, Gunung Korbu, Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Chamah, Gunung Yong Yap dan Gunung Ulu Sepat). Semuanya pernah saya daki sebanyak tujuh kali bagi setiap gunung berkenaan.

"Di umur sebegini, cita-cita saya nak mendaki Gunung Everest di Nepal dan Gunung Rinjani di Indonesia. tetapi terpaksa diketepikan sebab kita tak boleh nak habiskan duit semata-mata untuk naik gunung. terpaksa simpan cita-cita sahaja," katanya. Namun, katanya, kecintaan terhadap alam bukan hanya terhenti pada aktiviti mendaki semata-mata, sebaliknya turut diterjemahkan melalui 'tabiat' menjaga kebersihan persekitaran termasuk mengutip sampah di sepanjang jalan berhampiran rumahnya setiap pagi.

Beliau juga akan memastikan kawasan hadapan rumah sentiasa bersih dan tidak teragak-agak mengemas sisa buangan selepas sesuatu majlis diadakan kerana menganggap kebersihan sebagai tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.

Bukan sahaja aktif dalam kegiatan kemasyarakatan malah Osman turut mempunyai rekod pendermaan darah sebanyak 76 kali sejak sekitar 1980-an ketika berusia kira-kira 19 tahun sehingga berusia 63 tahun, sebelum tidak lagi dibenarkan menderma atas faktor had umur dan risiko kesihatan.

"Kesihatan adalah harga paling bernilai sebenarnya bila usia emas ini, Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik pada usia ini," katanya.

Kata Osman, bagi memastikan tubuh terus aktif, beliau menjadikan berkebun sebagai rutin harian sejak kira-kira lima tahun lalu selepas bersara, termasuk mencangkul tanah, mencabut rumput secara manual tanpa menggunakan racun dan menguruskan tanaman di sekitar rumah.

"Peluh mesti kena keluarkan hari-hari, walaupun sedikit, tak kisahlah buat aktiviti apa sekali pun. Memang ini rutinnya, saya tak suka tak buat apa-apa, tak tahu duduk diam.

"Setiap hari saya akan mengemas kawasan luar rumah, menyiram pokok, berkebun, mencantikkan halaman rumah. kalau malam pula selepas balik dari masjid, saya akan menonton drama dan wajib melihat berita di televisyen. Inilah rutin saya," katanya.

Katanya lagi, dalam soal pemakanan pula, beliau memilih untuk makan di rumah dan tidak menjadikan aktiviti makan di kedai sebagai kebiasaan.

Apatah lagi isteri tercinta selalu menyediakan makanan untuknya selain mengamalkan pengurangan gula.

Pada masa sama, beliau turut menitik beratkan kesihatan mental dan percaya seseorang perlu belajar menguruskan masalah serta bersyukur dengan apa yang dimiliki terutama apabila usia semakin meningkat.

"Yang penting, kesihatan mental, jangan fikir masalah, bersyukur seadanya. Kurangkan juga aktiviti 'mengeteh' untuk sentiasa kekalkan kehidupan sihat. termasuklah dapat elak penyakit 'tiga serangkai'," katanya.

Disiplin yang menjadi pegangan hidupnya turut dibawa ke alam pekerjaan dahulu apabila dia mendakwa tidak pernah lewat sepanjang 30 tahun bekerja, selain tidak mengambil cuti sakit selama 16 tahun sebelum bersara, walaupun pernah mengalami masalah kesihatan biasa.

"Saya tak campur aktiviti sendiri dengan tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Kalau nak mendaki, mendaki lah, aktiviti itu tak berkait dengan tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja," katanya. Bagi Osman, usia yang semakin meningkat bukan alasan untuk berhenti menyumbang kepada masyarakat atau mengabaikan kesihatan diri, sebaliknya peluang untuk terus melakukan perkara bermanfaat selagi tubuh masih berdaya.

"Sihat itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Asalkan saya sihat, Insya-Allah kita mampu buat apa yang kita nak buat, semuanya berkat doa dan sokongan ahli keluarga juga. Alhamdulillah, syukur," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:40 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 07:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.