
Terjebak dadah, penghuni PUSPEN tekad bangkit bina hidup baharu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DI sebalik pagar dan dinding Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), tersimpan pelbagai kisah kehidupan individu yang pernah tersasar akibat pengaruh dadah. (Berita Harian, 11:22)
Read the reporting
1 report
Terjebak dadah, penghuni PUSPEN tekad bangkit bina hidup baharu
DI sebalik pagar dan dinding Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), tersimpan pelbagai kisah kehidupan individu yang pernah tersasar akibat pengaruh dadah.
Namun, label bekas penagih tidak seharusnya memadam hakikat bahawa mereka juga manusia yang menyimpan impian, menyayangi keluarga dan mengharapkan peluang untuk memulakan hidup baharu.
Ada yang datang selepas kehilangan pekerjaan, hubungan keluarga retak atau kehidupan yang semakin jauh daripada landasan, namun berada di PUSPEN membuka ruang untuk mereka membina semula kehidupan sedikit demi sedikit.
Bagi sebahagian penghuni, tempoh menjalani pemulihan bukan sekadar usaha meninggalkan ketagihan, sebaliknya menjadi titik perubahan untuk mengenali semula diri, memperbaiki hubungan dengan keluarga dan mempersiapkan diri kembali ke tengah masyarakat.
Klien PUSPEN Bachok, yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 32, berkata kehidupan yang serba kekurangan serta pengaruh rakan sebaya menjadi antara punca dia terjerumus ke dalam perangkap penyalahgunaan dadah.
"Disebabkan faktor kewangan keluarga yang kurang mampu menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan Tiga dan selepas itu bekerja di sebuah kilang untuk menyara kehidupan dan pada masa sama menggunakan wang gaji untuk membeli dadah.
"Saya mula berjinak-jinak dengan dadah jenis Methamphetamine ketika berusia 17 tahun selepas diperkenalkan oleh rakan yang mengajak saya mencubanya," katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.
Ibu kepada lima anak itu berkata, dia ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira jam 9 pagi ketika sedang tidur bersama anak-anaknya selepas rumahnya diserbu.
"Ketika serbuan itu, suami saya yang juga penagih dadah tidak berada di rumah kerana bekerja sebagai jurukimpal kapal di Kuala Lumpur.
"Saya ketika itu hanya bersama anak-anak dan terkejut apabila penguat kuasa AADK datang membuat pemeriksaan sebelum saya dibawa untuk tindakan lanjut.
"Penahanan ini adalah kali kedua selepas saya ditangkap buat kali pertama pada 2015 sebelum menjalani pemulihan di PUSPEN Bachok," katanya.
Hana mengakui, punca utama dia kembali menagih selepas dibebaskan sebelum ini adalah disebabkan faktor persekitaran dan rakan-rakan lama yang sering mencarinya semula selepas keluar dari pusat pemulihan.
"Pujukan serta ajakan rakan-rakan akhirnya meruntuhkan pendirian saya hingga kembali terjebak dengan pengambilan bahan terlarang ini.
"Pengambilan dadah dilakukan secara kerap sehingga tiga kali sehari. Jika tidak mengambilnya, badan rasa malas untuk bekerja, namun apabila ambil pula, saya tidak lalu makan dan sukar untuk tidur.
"Bagaimanapun, kehadiran saya di pusat pemulihan buat kali kedua banyak membawa perubahan positif dalam hidup, terutama dari sudut rohani dan pembelajaran agama," katanya.
Bagi memastikan kesilapan lalu tidak berulang, Hana berhasrat untuk berpindah dan berhijrah ke tempat baharu sebaik sahaja tamat tempoh pemulihan kelak bagi memutuskan hubungan daripada rakan-rakan lama yang membawa pengaruh negatif.
Terjebak usia 15 tahun
Memperkenalkan dirinya sebagai Rina, 21, wanita ini berkata perasaan ingin mencuba menjadi punca dia terjebak dalam ketagihan dadah jenis methamphetamine sejak usia 15 tahun.
"Kehidupan saya mula berubah apabila melihat rakan-rakan mengambil bahan terlarang itu. Pada masa sama, saya juga mengambil keputusan untuk berhenti sekolah ketika di Tingkatan Satu kerana tidak berminat meneruskan persekolahan dan memilih untuk bekerja di sebuah kedai makan bagi membantu keluarga yang hidup susah.
"Ketika umur 15 tahun, saya tengok kawan-kawan hisap dan saya minta untuk cuba. Lepas mereka bagi, saya terus jadi ketagih dan bekalan dadah juga diperoleh daripada mereka," katanya.
Dia yang berasal dari Perlis berkata, akibat ketagihan benda terlarang itu, dia pernah ditahan penguat kuasa dan dimasukkan ke Penjara Pokok Sena pada tahun 2021 ketika berusia 16 tahun.
"Ketika itu, saya masih muda dan tidak menyedari sepenuhnya kesan perbuatan saya. Selepas dibebaskan, saya cuba untuk berubah dan meninggalkan kehidupan lama, namun pengaruh rakan serta ketagihan menyebabkan saya kembali terjebak," katanya.
Katanya, selepas melalui pelbagai detik hitam dalam hidup, dia bertekad melupakan kisah lalu dan tidak lagi kembali ke kancah penyalahgunaan dadah demi memulakan kehidupan baharu bersama suami serta empat anaknya, termasuk bayi yang bakal dilahirkan.
"Apabila ditangkap dan dihantar ke PUSPEN Bachok pada April lalu, banyak perubahan berlaku dalam diri saya. Dahulu, saya sering meninggalkan solat, namun kini saya mampu menunaikan kewajipan sebagai umat Islam dengan mengerjakan solat lima waktu tanpa gagal.
"Sepanjang berada di PUSPEN, saya sedar banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam diri. Saya mahu menggunakan peluang ini untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan tidak mahu kembali kepada dadah kerana sudah merasai sendiri kesannya terhadap diri serta orang yang saya sayangi," katanya.
Tak serik empat kali ditangkap dan dipenjara
Sementara itu, empat kali ditangkap dan dipenjarakan sejak 2019 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah tidak pernah membuatkan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, serik untuk kembali ke kancah ketagihan.
Malah, kehidupannya turut musnah selepas dua perkahwinan terdahulu berakhir dengan perceraian.
Maria, 33, berkata kedua-dua bekas suaminya penagih dadah dan kaki pukul, menyebabkan dia terpaksa berhempas-pulas menyara keluarga ketika bekerja sebagai ketua pekerja pembersihan di Pulau Pinang.
Maria berkata, dia pernah ditangkap dan dipenjarakan sebanyak empat kali sejak tahun 2019 atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
"Lebih menyedihkan, saya yang ketika itu bekerja sebagai ketua pekerja pembersihan di Pulau Pinang berhempas-pulas menyara keluarga dan bekas suami.
"Bagaimanapun, saya tidak pernah serik. Selepas beberapa tahun bercerai, saya mengenali seorang lelaki yang juga penagih dadah sebelum kami bertunang dan akibat keterlanjuran, saya kini mengandungkan anaknya dan dijangka melahirkan dalam beberapa bulan lagi," katanya ketika ditemui BH pada majlis anjuran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok, baru-baru ini.
Katanya, sepanjang mengenali tunangnya, dia tidak pernah mengeluarkan wang sendiri untuk membeli dadah (Methamphetamine) kerana bekalan bahan terlarang itu biasanya diperoleh daripada tunang serta rakan-rakannya.
"Saya mula mencuba bahan terlarang itu selepas dipengaruhi kakak tiri dan suaminya yang ketika itu tinggal bersama keluarga.
"Masa itu, kakak tiri saya ajak cuba dan memberitahu ia tidak memberi kesan apa-apa serta tidak menyebabkan ketagihan, malah disamakan seperti menghisap rokok. Namun, selepas mencubanya, saya terus terjebak dan akhirnya ketagih sehingga sekarang," katanya.
Menceritakan detik ditangkap oleh AADK pada April lalu, Maria berkata, ketika itu dia pergi ke rumah tunangnya sekadar untuk berkunjung dan meluangkan masa bersama.
"Namun, tidak sangka ketika berada di rumah itu, pihak berkuasa datang melakukan serbuan untuk menahan tunang saya yang terbabit dengan dadah.
"Saya juga akhirnya ditahan bersama dengan tunang kerana berada di lokasi berkenaan dan kejadian itu benar-benar menyedarkan saya bahawa kehidupan yang saya lalui selama ini perlu diubah," katanya.
Katanya, dia kini mahu benar-benar pulih dan bertekad untuk tidak lagi terjebak dalam kitaran keluar masuk penjara, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada masa depan anak-anak serta bapanya selepas kematian ibunya.
"Sepanjang menjalani pemulihan di PUSPEN, pengisian agama sangat dititikberatkan. Dulu saya tidak pandai membaca Surah Yasin atau doa Qunut, tetapi sekarang saya sudah boleh membacanya.
"Berbanding pengalaman ketika berada di penjara sebelum ini, saya bersyukur kerana persekitaran di pusat pemulihan jauh lebih selesa dan saya mendapat bimbingan kerohanian yang kuat. Di sini, saya bukan sekadar menjalani pemulihan, tetapi turut diberi peluang untuk memperbaiki diri," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.