
'Tiada tempat untuk bernafas, saya rindu matahari'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Palangkaraya, Indonesia: Irvan Maulana mengalami kesukaran bernafas dan batuk ketika asap kebakaran hutan menyelubungi bandar Palangkaraya di Indonesia. Namun, sebagai seorang doktor, beliau perlu terus memberikan rawatan kepada pesakit yang tidak putus-putus datang mendapatkan bantuan. (Harian Metro, 12:23)
Read the reporting
1 report
'Tiada tempat untuk bernafas, saya rindu matahari'
Palangkaraya, Indonesia: Irvan Maulana mengalami kesukaran bernafas dan batuk ketika asap kebakaran hutan menyelubungi bandar Palangkaraya di Indonesia. Namun, sebagai seorang doktor, beliau perlu terus memberikan rawatan kepada pesakit yang tidak putus-putus datang mendapatkan bantuan.
"Saya juga sakit, sesak nafas dan batuk, tetapi saya perlu memberikan rawatan... jadi saya teruskan juga," kata lelaki berusia 28 tahun itu kepada AFP pada Khamis ketika ditemui di sebuah klinik kesihatan awam.
Palangkaraya di Kalimantan, Indonesia, adalah antara kawasan paling teruk terjejas akibat krisis kebakaran hutan di negara itu, yang menyaksikan kebakaran memusnahkan ratusan ribu hektar kawasan tanah serta menyebabkan pencemaran udara merentasi rantau ini.
Sejak beberapa bulan lalu, Irvan melihat pesakit datang mendapatkan rawatan akibat kesan kebakaran berkenaan.
"Trend menunjukkan peningkatan jumlah pesakit dewasa dan warga emas yang datang ke klinik am," katanya.
"Warga emas atau kanak-kanak lebih sensitif, menyebabkan mereka lebih mudah mengalami batuk, selesema, hidung dan tekak berlendir, malah sakit tekak."
Dea Otavia, 30, seorang pengawal keselamatan, datang ke klinik berkenaan bersama anak perempuannya.
"Dia mengadu sakit setiap kali bernafas," kata Dea kepada AFP.
"Keadaan sangat menyesakkan, terutama pada hari seperti ini," katanya.
"Asap turut masuk ke dalam rumah. Tiada tempat untuk bernafas dengan bebas."
Indonesia sering dilanda kebakaran hutan ketika musim kemarau, namun kebakaran tahun ini menjadi semakin buruk akibat kitaran El Niño yang kuat, yang lazimnya menyebabkan keadaan kering dan kemarau.
Pakar berkata, penebangan hutan selama bertahun-tahun serta pengeringan kawasan tanah gambut yang semula jadi berair untuk tujuan penanaman turut mengubah landskap yang sebelum ini tahan terhadap kebakaran.
Jerebu akibat kebakaran itu merebak ke negara jiran termasuk Singapura, Malaysia, Timor-Leste dan Filipina, sekali gus menyebabkan sekolah ditutup secara berkala serta amaran kesihatan dikeluarkan.
Namun, penduduk Palangkaraya tiada pilihan selain meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Zikri Yanto yang membawa bayinya ke klinik berkenaan.
"Ketika bekerja, saya juga sentiasa berjaga-jaga. Ada kalanya isteri tiba-tiba menelefon dan memberitahu kami perlu membawa anak ke jabatan kecemasan."
Anaknya yang berusia empat tahun turut jatuh sakit, mengadu sakit kepala dan mengalami kelemahan badan.
"Kami sangat bimbang dan tertekan," kata Zikri sambil menggesa kerajaan supaya "memberikan lebih perhatian" kepada keadaan penduduk.
"Di Bandar Palangkaraya ini, bantuan bukan sekadar beras atau barangan keperluan asas... kami memerlukan pusat perlindungan yang selamat daripada jerebu.
"Harapan kami, pusat itu dilengkapi oksigen, jururawat dan segala kemudahan yang diperlukan. Jadi, jika ada kanak-kanak jatuh sakit, mereka boleh mendapatkan rawatan di situ. Itulah yang benar-benar kami mahukan."
Lebih 280,000 orang direkodkan mengalami masalah pernafasan antara 18 Ogos hingga 13 Oktober lalu, menurut Kementerian Kesihatan Indonesia pada Rabu, namun jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi kerana ramai mungkin mengalami masalah kesihatan tanpa mendapatkan rawatan.
Kerajaan Indonesia berkata, puluhan ribu anggota dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu. Bagaimanapun, udara di Palangkaraya kekal berbahaya, manakala jerebu menyebabkan langit bertukar jingga seperti suasana apokalips pada lewat petang.
"Saya rindukan pemandangan matahari," kata Dea.
"Ada perasaan bimbang: sampai bila keadaan ini akan berterusan?"
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.