Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 15 min ago

Tiga lelaki dihukum penjara 158 tahun bersalah bunuh dua beradik Australia, rakan AS

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 13:18 MYTLatest activity 17 Oct, 14:18BMconfidence 80%

What happened

MEXICO CITY: Mahkamah Mexico, menjatuhkan masing-masing hukuman penjara 158 tahun sembilan bulan terhadap tiga lelaki yang didapati bersalah membunuh dua beradik warga Australia dan rakan mereka dari Amerika Syarikat (AS) ketika mangsa menyertai percutian meluncur ombak di Baja California pada 2024, menurut pegawai kehakiman. (Berita Harian, 13:18)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Tiga lelaki dihukum penjara 158 tahun bersalah bunuh dua beradik Australia, rakan AS

By Agensi · 17 Oct, 13:18 MYT

MEXICO CITY: Mahkamah Mexico, menjatuhkan masing-masing hukuman penjara 158 tahun sembilan bulan terhadap tiga lelaki yang didapati bersalah membunuh dua beradik warga Australia dan rakan mereka dari Amerika Syarikat (AS) ketika mangsa menyertai percutian meluncur ombak di Baja California pada 2024, menurut pegawai kehakiman.

Tertuduh yang dikenal pasti pihak berkuasa sebagai Jesus Gerardo N dikenali sebagai El Kekas, Irineo Francisco N dan Angel Jesus N, didapati bersalah seminggu lalu atas pertuduhan membunuh, rompakan dengan pemberatan, rompakan menggunakan kekerasan serta mencuri kenderaan dengan kekerasan.

Mangsa ialah dua beradik warga Australia, Jake Robinson, 33, dan Callum Robinson, 30, serta rakan mereka dari AS, Jack Carter Rhoad, 30.

Hakim turut memerintahkan tertuduh membayar pampasan kepada keluarga mangsa, menurut seorang pegawai badan kehakiman negeri Baja California.

Pada November lalu, Gisell Silva dijatuhi hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan rompakan dengan pemberatan dan kekerasan serta mencuri kenderaan menggunakan kekerasan menerusi prosiding dipercepatkan.

Wanita yang ketika itu berusia 23 tahun ditahan beberapa hari selepas mayat warga asing berkenaan ditemukan di dalam perigi.

Dua beradik Robinson dan Rhoad sedang berkhemah serta meluncur ombak berhampiran Punta San Jose, kira-kira 80 kilometer ke selatan Ensenada, sebelum dilaporkan hilang pada penghujung April 2024.

Selepas operasi pencarian selama beberapa hari dengan bantuan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), mayat mereka ditemukan di dasar perigi pada 3 Mei.

Pihak berkuasa berkata, setiap mangsa ditemukan dengan kesan tembakan di kepala, manakala trak pikap yang dinaiki mereka ditemukan dalam keadaan terbakar beberapa kilometer dari lokasi berkenaan.

"Tiada keadilan yang mampu menggantikan kehilangan seorang anak tetapi lelaki ini tidak akan dapat mencederakan orang lain lagi," kata Page Rhoad, ibu kepada mangsa warga AS itu, menerusi Zoom selepas hukuman dijatuhkan.

Martin dan Debra Robinson, ibu bapa Jake dan Callum, mengikuti prosiding hukuman dari jauh selepas pulang ke Australia minggu lalu, susulan keputusan mahkamah yang mensabitkan tertuduh.

Dalam temu bual ketika meninggalkan satu daripada 24 sesi perbicaraan kes itu, mereka menyifatkan kematian anak mereka sebagai "neraka" dan pengalaman yang "amat sukar" untuk dilalui.

Walaupun kawasan Ensenada dianggap agak selamat, Baja California kekal antara negeri paling ganas di Mexico.

Susulan pembunuhan itu, Jabatan Negara AS menggesa rakyatnya mempertimbangkan semula perjalanan ke negeri berkenaan berikutan risiko jenayah dan penculikan. – REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:30 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 13:18 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:18

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Tiga lelaki dihukum penjara 158 tahun bersalah bunuh dua beradik Australia, rakan AS · Malaysian Attention Engine