
Ulama Indonesia doakan empat azab pencetus jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad mendoakan empat bentuk azab terhadap pihak yang menjadi punca kebakaran hutan sehingga mencetuskan masalah jerebu yang kini turut menjejaskan negara jiran. (Kosmo!, 13:46)
Read the reporting
1 report
Ulama Indonesia doakan empat azab pencetus jerebu
PETALING JAYA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad mendoakan empat bentuk azab terhadap pihak yang menjadi punca kebakaran hutan sehingga mencetuskan masalah jerebu yang kini turut menjejaskan negara jiran.
Menerusi hantaran di Threads, beliau menyenaraikan beberapa golongan termasuk mereka yang membakar hutan, memberikan kebenaran untuk pembakaran serta pihak yang memilih berdiam diri walaupun mempunyai kuasa untuk bertindak.
“Ya Tuhan kami, orang-orang yang membakar hutan, orang-orang yang memberi izin membakar hutan dan orang-orang yang diam terhadap hutan dibakar padahal mereka punya kuasa.
“Orang-orang yang mengkorupsi dana bantuan untuk kebakaran hutan dan orang-orang yang mengambil keuntungan dari kebakaran hutan,” tulisnya.
Abdul Somad kemudian mendoakan empat bentuk azab terhadap golongan terbabit iaitu menerima balasan di dunia, meninggal dunia dalam keadaan su’ul khatimah, diazab di alam kubur dan di neraka jahanam.
“Azablah mereka di dunia, matikan mereka su’ul khatimah, azab mereka di kubur dan azab mereka di neraka jahanam,” katanya.
Hantaran yang disertakan rakaman visual kebakaran hutan itu mendapat perhatian luar biasa apabila mencatatkan lebih 738,000 tontonan dengan hampir 60,000 tanda suka dan ribuan perkongsian.
Rata-rata pengguna media sosial termasuk dari Malaysia turut mengaminkan doa berkenaan dan menyuarakan kebimbangan terhadap kesan kebakaran hutan kepada penduduk di rantau ini.
Pengguna Threads, @mempelaiweddingbyezz berkata, rakyat Malaysia turut marah dengan situasi jerebu yang berlaku, namun tidak melupakan rakyat Indonesia yang turut menjadi mangsa.
“Allahu, takutnya apabila ulama sendiri sudah mendoakan sebegini untuk tanah airnya sendiri. Sedih saya membacanya. Kami di Malaysia memang marah dengan apa yang sudah berlaku disebabkan jerebu ini.
“Tetapi tidak lupa mendoakan untuk rakyat Indonesia yang tidak bersalah dan teraniaya serta menjadi mangsa oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Seorang lagi pengguna dari Malaysia, @norhaslina.ahmad.144 turut mengaminkan doa berkenaan.
“Amin. Saya rakyat Malaysia turut mengaminkan doa ustaz,” katanya.
Pengguna @alannaszulke flee pula berkata, isu tersebut tidak seharusnya dilihat berdasarkan sempadan negara semata-mata apabila rakyat menjadi mangsa.
“Sebagai rakyat Malaysia, amin ustaz. Tidak kira negara mana, apabila sebut pemimpin negara, kalau menganiaya rakyatnya, jawab dengan Tuhan. Makin berkuasa, makin tinggi, makin susah mendengar suara di bawah,” katanya.
Terdahulu, pada 8 Ogos lalu, sebanyak 19 kawasan di Sarawak dijangka terjejas akibat jerebu rentas sempadan susulan pergerakan angin yang membawa asap dari negara jiran.
Keadaan semakin serius apabila Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mengaktifkan tahap amaran jerebu serantau tertinggi pada 26 Ogos lalu, dengan pemantauan ketika itu turut merekodkan pergerakan asap dari Kalimantan menuju Sarawak.
Kebakaran hutan Indonesia ketika ini dilaporkan antara yang terburuk sejak 2015, dengan keadaan kemarau akibat El Niño memburukkan kebakaran terutama di Kalimantan dan Sumatera. – KOSMO! ONLINE
The post Ulama Indonesia doakan empat azab pencetus jerebu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.