Malaysian Attention Engine
Live wire
42Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution40General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid36Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’35Rundingan FTA Malaysia-EU sudah hampir 80 peratus selesai35IMF upgrades 2026 growth forecast but warns of ‘split’ outlook35Bekalan tinggi hadkan kenaikan harga sawit - CIMB Securities34World : Singapore Advises Citizens To Defer All Travel To Saudi Arabia Amid Security Risks34Man United, Tottenham terdesak menang34Bola sepak England berdepan risiko kewangan serius, 94 peratus kelab catat kerugian33General : PM Anwar's Vocal Stance In Championing Liberation Of Palestine Reflects Nation's Commitment - Fahmi32PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan32Arsenal intai kelemahan Leeds
NewConfirmedupdated 12 min ago

Yamal stays cool at boiling Galatasaray to lift Barcelona to victory

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
31
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 05:39 MYTLatest activity 14 Oct, 06:56ENBMconfidence 79%

What happened

Lamine Yamal (left) in action during the UEFA Champions League league phase match between Galatasaray and Barcelona in Istanbul. (EPA Images pic) ISTANBUL: Barcelona and Lamine Yamal rediscovered their sparkle after a rocky first-half spell in the cauldron of Istanbul's Ali Sami Yen stadium to win 4-1 away to Galatasaray in the Champions League on Tuesday. (Free Malaysia Today, 05:39)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Yamal jadi arkitek kemenangan Barcelona

By AFP · 14 Oct, 06:33 MYT

Istanbul: Barcelona dan Lamine Yamal kembali mempamerkan aksi cemerlang selepas melalui detik sukar pada separuh masa pertama di Stadium Ali Sami Yen, sebelum menewaskan Galatasaray 4-1 di Istanbul dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Kemenangan itu melonjakkan Barcelona ke tangga teratas carta Liga Juara-Juara selepas separuh daripada perlawanan pusingan kedua berlangsung, dengan dua kemenangan direkodkan. Galatasaray pula masih gagal mengutip mata dan menghuni kelompok bawahan carta.

"Kami berada pada tahap yang sangat tinggi. Kami perlu meneruskannya kerana musim masih panjang. Kami tidak boleh leka," kata pemain Barcelona, Fermin Lopez.

Barcelona menguasai peringkat awal perlawanan. Yamal dikawal ketat oleh benteng pertahanan tuan rumah di sebelah kanan, menyebabkan banyak serangan pasukan pelawat digerakkan menerusi Anthony Gordon di sebelah kiri.

Namun, Galatasaray membuka jaringan pada minit ke-27. Selepas Gordon terjatuh di dalam kotak penalti, tuan rumah melancarkan serangan balas pantas menerusi Rafael Leao di sebelah kiri.

Leao kemudian menghantar bola kepada pemain Rusia, Aleksei Batrakov, yang melepaskan rembatan. Bola terkena Joao Cancelo sebelum menerjah penjuru gawang.

"Jaringan itu menyebabkan keadaan menjadi sedikit sukar buat kami kerana kami sebenarnya menguasai permainan. Namun, kami tahu bagaimana untuk bertindak balas dan bangkit," kata Lopez.

Gol itu mencetuskan tekanan hebat daripada tuan rumah yang hampir menambah jaringan apabila Victor Osimhen menanduk masuk sepakan penjuru.

Bagaimanapun, Baris Yilmaz yang menolak bola melepasi garisan gol didapati berada dalam kedudukan ofsaid.Barcelona kemudian kembali menguasai permainan.

Ketika Yamal terjatuh berhampiran kotak penalti, bola jatuh ke kaki Davinson Sanchez yang kelihatan terkejut sebelum kehilangan penguasaan bola.

Bola itu kemudian sampai kepada Dani Olmo yang melorongkan hantaran kepada Cancelo untuk menyamakan kedudukan.

Memasuki babak kedua, Yamal mula menyerlah. Selepas mencipta peluang buat Gordon yang gagal dimanfaatkan, pemain muda itu membantu Barcelona mendahului pada minit ke-50 apabila melakukan hantaran silang tepat ke arah kepala Lopez yang menanduk masuk bola.

Tiga minit kemudian, Yamal memperdaya Eren Elmali sebanyak tiga kali dengan tiga gerakan berbeza dalam ruang yang sempit sebelum melorongkan bola kepada Gordon di hadapan gawang.

Kali ini, penyerang England itu tidak mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan, manakala Elmali, pemain kebangsaan Turkiye, hanya mampu mengangkat tangan sebagai tanda kecewa.

Pada minit ke-65, Yamal bergerak masuk dari sayap sebelum melepaskan hantaran kepada penyerang gantian, Gabriel Jesus.

Bekas pemain Arsenal itu gagal mengawal bola, namun bola melantun ke arah Karim Adeyemi yang melepaskan rembatan kencang untuk menghasilkan gol keempat Barcelona.

Tiga minit kemudian, Yamal berpeluang mencatat nama sebagai penjaring apabila pantas mendapatkan bola yang terlepas, tetapi rembatannya melambung melepasi palang.

Pemain berusia 19 tahun itu menamatkan perlawanan tanpa jaringan, sekali gus gagal merapatkan jurang dengan rekod Kylian Mbappe sebagai penjaring terbanyak UCL ketika berusia remaja.

Bagaimanapun, Yamal yang menjadi kapten termuda Barcelona dalam sejarah kelab itu pada pusingan sebelumnya, sekali lagi menyarung lilitan kapten selepas Pedri dikeluarkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow07:00
Latest 07:07 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Harian Metro) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
14 Oct, 05:39 MYT
Origin confidence 90% · 54 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    05:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Yamal jadi arkitek kemenangan Barcelona
Harian MetroNewsmainstreamBM
Yamal cetus kebangkitan Barcelona tewaskan Galatasaray
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Yamal stays cool at boiling Galatasaray to lift Barcelona to victory · Malaysian Attention Engine