
'Yang pinjam sudah tentu merana, yang bekerja dengan along juga akan sengsara'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur: Sudah sampai masanya kerajaan mengaktifkan kempen memerangi ceti haram atau along secara menyeluruh bagi mengelakkan lebih ramai terjerumus dengan hutang tanpa batasan. (Harian Metro, 19:27)
Read the reporting
1 report
'Yang pinjam sudah tentu merana, yang bekerja dengan along juga akan sengsara'
Kuala Lumpur: Sudah sampai masanya kerajaan mengaktifkan kempen memerangi ceti haram atau along secara menyeluruh bagi mengelakkan lebih ramai terjerumus dengan hutang tanpa batasan.
Pengarah Biro Aduan dan Banteras Ceti Haram (Banteras) PANJI Malaysia, Azman Kang Abdullah berkata, langkah tegas serta penyelesaian konkrit amat penting memandangkan isu ceti haram masih berlarutan dan tidak berkesudahan sejak berpuluh tahun lalu.
Katanya, isu berkaitan along ini memasuki fasa baharu apabila fasa pinjaman kini beralih kepada merekrut pengutip hutang dengan menjadikan individu yang sanggup bersekongkol sebagai mangsa.
"Isu faedah yang tidak masuk akal pun masih belum selesai, kini datang pula masalah ada pihak ketiga sanggup mengambil upah untuk mengutip hutang, menyimbah cat dan mengugut peminjam.
"Ini seperti episod baharu yang lahir daripada gejala along yang tidak berkesudahan. dan semakin membarah," katanya kepada Harian Metro.
Beliau mengulas kes suami isteri masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada rumah mangsa sindiket along, baru-baru ini.
Azman berkata, sebelum ini terdapat kes seorang buruh mengaku bersalah menjadi orang suruhan peminjam along dan ia seakan-akan menjadi satu trend untuk kegiatan haram itu.
"Sebelum ini BANTERAS ada mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan peruntukan dana khas atau skim kemudahan mikro kredit menerusi agensi sedia ada seperti TEKUN Nasional atau institusi kewangan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan saluran pinjaman rasmi.
"Sudah sampai masanya isu ini dibanteras hingga ke akar umbi. Jika dibiarkan, semakin ramai akan menjadi mangsa. Yang meminjam sudah tentu merana, yang bekerja dengan along juga akan sengsara," katanya. hingga ke akar umbi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.