
Yuran tadika, taska dijangka meningkat sehingga 20%
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Yuran taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta dijangka meningkat sehingga 20 peratus susulan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 sebulan yang menambah beban kos operasi pengusaha. (Utusan Malaysia, 10:45)
Read the reporting
1 report
Yuran tadika, taska dijangka meningkat sehingga 20%
PETALING JAYA: Yuran taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta dijangka meningkat sehingga 20 peratus susulan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 sebulan yang menambah beban kos operasi pengusaha.
Pengerusi Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Elvis Gan Kah Keng berkata, kemampuan pengusaha menyerap kenaikan kos gaji bergantung pada jumlah kanak-kanak, kutipan yuran serta komitmen operasi masing-masing.
Katanya, kenaikan kos bahan mentah makanan, barangan kebersihan dan bahan pembelajaran turut memberi tekanan kepada kewangan pengusaha, sekali gus mendorong keperluan menyemak kadar yuran berdasarkan kos sebenar.
Ketika ini, yuran bulanan taska swasta dianggarkan antara RM700 hingga RM1,000, manakala tadika swasta antara RM500 hingga RM1,500 bergantung pada lokasi, kemudahan dan pakej perkhidmatan yang ditawarkan.
“Sebagai ilustrasi, kenaikan gaji RM300 bagi seorang pengasuh bersamaan tambahan kos RM100 bagi setiap bayi pada nisbah seorang pengasuh kepada tiga bayi, RM60 bagi setiap kanak-kanak pada nisbah 1:5 atau RM30 pada nisbah 1:10.
“Bagaimanapun, pengiraan itu mengandaikan bilangan kanak-kanak penuh mengikut nisbah ditetapkan dan belum mengambil kira caruman majikan serta kos pekerja lain. Ia juga bukan kadar kenaikan yuran yang dicadangkan PTM,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.
Mengulas lanjut, Elvis berkata, PTM mencadangkan pelaksanaan subsidi gaji bersasar kepada pengusaha berdaftar yang layak, khususnya dalam tempoh penyesuaian bagi membantu menampung peningkatan kos pekerja.
Beliau berkata, geran latihan, peralatan keselamatan dan kemudahan premis mampu sewa juga boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan pengusaha taska dan tadika.
“PTM turut mencadangkan bantuan yuran kepada keluarga yang memerlukan, termasuk ibu bapa yang tidak mendapat manfaat daripada pelepasan cukai.
“Pembelian pukal bahan keperluan dan latihan berkumpulan di peringkat persatuan juga boleh menjimatkan kos tanpa menjejaskan kecukupan pengasuh, pemakanan, kualiti pendidikan serta keselamatan kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Prof. Norsheila Abdullah berkata, taska swasta, khususnya pengusaha berskala kecil, berisiko menutup operasi sekiranya peningkatan kos tidak disusuli mekanisme sokongan bersesuaian.
Katanya, penutupan pusat jagaan bukan sahaja menyebabkan pengasuh kehilangan pekerjaan, malah mengehadkan pilihan ibu bapa untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang selamat dan mampu diakses.
“Kanak-kanak pula mungkin ditempatkan dalam persekitaran penjagaan yang tidak mempunyai latihan, pemantauan atau standard keselamatan sewajarnya. Risiko ini perlu dicegah melalui dasar terancang sebelum masalah berlaku.
“Kami mencadangkan kajian impak kos terhadap taska swasta, termasuk pusat berskala kecil, komuniti dan tempat kerja, khususnya yang menyediakan perkhidmatan kepada keluarga berpendapatan rendah serta kawasan yang kekurangan kemudahan penjagaan kanak-kanak,” katanya.
Beliau turut mencadangkan peruntukan khusus dalam belanjawan tahunan negara bagi pengasuhan dan perkembangan awal kanak-kanak, berasingan daripada pendidikan formal.
Katanya, pengasuhan berkualiti perlu bermula sejak bayi dan sepanjang tahun-tahun awal kehidupan, bukan hanya apabila kanak-kanak memasuki tadika atau sekolah. – UTUSAN
The post Yuran tadika, taska dijangka meningkat sehingga 20% appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.