
Anwar angkat isu buli, Akta 876 jadi benteng baharu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KEBELAKANGAN ini, kita semakin digemparkan dengan kes buli di sekolah. Di Kuala Pilah, polis masih menyiasat kematian seorang pelajar Tingkatan Dua, termasuk dakwaan berkaitan buli. Dalam satu lagi kes, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menyiasat dakwaan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima menjadi mangsa gangguan seksual dan buli siber. (Berita Harian, 08:06)
Read the reporting
1 report
Anwar angkat isu buli, Akta 876 jadi benteng baharu
KEBELAKANGAN ini, kita semakin digemparkan dengan kes buli di sekolah. Di Kuala Pilah, polis masih menyiasat kematian seorang pelajar Tingkatan Dua, termasuk dakwaan berkaitan buli. Dalam satu lagi kes, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menyiasat dakwaan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima menjadi mangsa gangguan seksual dan buli siber.
Kejadian seperti ini tidak boleh dipandang ringan. Ia memberi isyarat masalah buli dalam kalangan pelajar masih belum selesai, malah kini lebih rumit apabila media sosial, internet dan teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh disalahgunakan untuk memanjangkan penghinaan, memperluas penyebaran kandungan memalukan dan meningkatkan tekanan terhadap mangsa.
Dalam konteks inilah Akta Antibuli 2026 (Akta 876), yang mula berkuat kuasa pada 16 Jun lalu, menjadi penting. Buat kali pertama, Malaysia mempunyai kerangka undang-undang khusus mentakrifkan buli sebagai perbuatan sengaja terhadap mangsa, sama ada dilakukan berulang kali atau melalui satu kejadian serius yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial. Akta ini turut merangkumi buli melalui komunikasi elektronik atau digital.
Portal rasmi Tribunal bagi Antibuli (TAB) menjelaskan buli siber boleh berlaku dalam bentuk ugutan atau ejekan melalui mesej dan komen, memalukan atau memulaukan seseorang dalam talian serta gangguan digital yang menyebabkan mangsa berasa takut, tertekan atau tidak selamat.
Dalam hal ini, keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap masalah buli, khususnya membabitkan pelajar, wajar diberikan penghargaan. Apabila seorang Perdana Menteri sendiri membangkitkan angka kes buli dan mengingatkan institusi pendidikan supaya tidak menyembunyikan kes semata-mata untuk menjaga imej, ia memberikan isyarat sangat jelas bahawa keselamatan, maruah dan kesejahteraan pelajar mesti mengatasi kepentingan reputasi mana-mana institusi.
Pendekatan seperti ini penting. Masalah buli tidak akan selesai sekiranya kecenderungan pertama sesebuah organisasi adalah mempertahankan imejnya, bukannya melindungi mangsa. Ketegasan kepemimpinan tertinggi negara membantu mengubah mesej berkenaan yang melaporkan buli bukan lagi dianggap tindakan memalukan institusi, tetapi sebahagian tanggungjawab untuk memperbaikinya.
TAB pula menyediakan satu saluran alternatif kepada mangsa untuk mengambil tindakan terhadap pelaku dan mendapatkan sokongan. Walaupun baru berkuat kuasa, TAB menerima 55 aduan setakat 22 September 2026, dengan lima kes sudah diputuskan. Antara keputusan dibuat termasuk permohonan maaf kepada mangsa, penyertaan dalam program kaunseling dan bayaran ganti rugi.
Bagi saya, kekuatan sebenar Akta Antibuli tidak hanya akan ditentukan keputusan tribunal. Keberkesanannya turut bergantung pada dua perkara. Pertama, sejauh mana mangsa, pelajar dan ibu bapa mengetahui hak mereka serta saluran tersedia untuk mendapatkan bantuan. Kedua, sejauh mana kita mampu mencegah budaya buli daripada terus hidup, khususnya dalam ruang digital.
Saya percaya masih ada mangsa memilih untuk berdiam diri. Bukan semestinya kerana mereka tidak mahu dibantu, tetapi mungkin kerana tidak tahu ke mana hendak mengadu, siapa boleh dipercayai atau apakah langkah perlu diambil.
Perluas literasi akta, fungsi TAB
Kewujudan TAB membuka satu lagi saluran kepada mangsa dan penjaga. Namun, saluran yang baik hanya akan berfungsi jika orang memerlukannya tahu kewujudannya dan memahami cara menggunakannya.
Sebab itu, selepas Akta 876 berkuat kuasa, usaha meningkatkan literasi mengenai akta dan fungsi TAB perlu diteruskan secara meluas, khususnya kepada pelajar, guru dan ibu bapa.
Program Literasi Akta Antibuli 2026 dan peranan TAB yang dilancarkan pada September antara usaha menerangkan perlindungan di bawah Akta 876, tatacara membuat aduan, proses pendengaran serta bentuk remedi tersedia kepada mangsa.
Portal rasmi TAB sendiri menyediakan kemudahan untuk memulakan aduan dan mendapatkan bantuan tetapi maklumat ini tidak seharusnya hanya berada di portal. Pelajar perlu mengetahuinya sebelum mereka menjadi mangsa.
Maklumat mengenai saluran aduan boleh diperkenalkan melalui orientasi sekolah, program kesedaran, kaunseling dan komunikasi bersama ibu bapa.
Cabaran kedua lebih rumit kerana buli siber mempunyai sifat berbeza daripada buli konvensional. Pelakunya mungkin seorang, tetapi orang lain boleh membantu memanjangkan hayat buli itu tanpa menganggap diri mereka sebagai pembuli.
Pelajar perlu memahami bahawa merakam, berkongsi atau membantu menyebarkan penghinaan terhadap orang lain juga mempunyai akibat. Sekolah perlu memperkukuh pendidikan adab digital dengan mengajar pelajar apabila gurauan sudah melampaui batas, mengapa kandungan memalukan orang lain tidak sepatutnya disebarkan, bagaimana menyimpan bukti dengan selamat dan kepada siapa mereka boleh mendapatkan bantuan.
Akta Antibuli 2026 memberikan satu kerangka dan saluran baharu untuk menangani buli. Pendekatan ini selari dengan nilai teras Malaysia MADANI, khususnya Hormat dan Ihsan, yang menekankan kemanusiaan serta keprihatinan terhadap orang lain.
Dalam konteks itu, kesungguhan Perdana Menteri memberikan perhatian kepada isu buli harus dipuji kerana ia mengangkat persoalan ini daripada sekadar isu disiplin sekolah kepada persoalan keselamatan, maruah dan kesejahteraan generasi muda.
Kepemimpinan berani mengakui masalah, menuntut ketelusan dan menyediakan saluran penyelesaian menjadi prasyarat kepada perubahan sebenar.
Akta boleh menyediakan perlindungan, tribunal boleh menyediakan keadilan dan teknologi boleh membantu mengesan bukti tetapi akhirnya keberanian kepemimpinan, keprihatinan masyarakat dan kesediaan kita mempertahankan mangsa yang akan menentukan sama ada budaya buli benar-benar dapat dipatahkan.
Penulis ialah Felo Penyelidik, Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC), Universiti Utara Malaysia (UUM)
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.