Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia51630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri50Jet bawa dadah: Keterangan broker dedah lelaki Filipina sewa jet peribadi, miliki rekod dadah46Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz45[VIDEO] Warga emas pandu kereta 130 meter di landasan KTMB44Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44General : Federal-state Cooperation Key To Inclusive, Sustainable Development – Anwar42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching41KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot41Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ara Johari terperangkap 40 minit dalam lif, terpaksa memanjat keluar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 19:06 MYTLatest activity 13 Oct, 19:06BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Hasrat penyanyi Ara Johari untuk kembali ke bilik hotel selepas bersiap menghadiri sebuah acara di Sarawak bertukar detik mencemaskan apabila lif dinaikinya tersangkut selama hampir 40 minit, Sabtu lalu. (Kosmo!, 19:06)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Ara Johari terperangkap 40 minit dalam lif, terpaksa memanjat keluar

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 13 Oct, 19:06 MYT

PETALING JAYA – Hasrat penyanyi Ara Johari untuk kembali ke bilik hotel selepas bersiap menghadiri sebuah acara di Sarawak bertukar detik mencemaskan apabila lif dinaikinya tersangkut selama hampir 40 minit, Sabtu lalu.

Lebih meresahkan Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata, lif berkenaan tersangkut di antara tingkat tiga dan empat di kawasan parkir, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan bantuan kerana lokasi itu agak lengang.

“Kejadian itu berlaku kira-kira tiga hari lalu ketika saya menghadiri sebuah acara di Sarawak. Ketika itu, saya sudah siap bersolek dan sekitar pukul 3.30 petang, saya menaiki lif untuk ke bilik sebelum tiba-tiba lif tersangkut.

“Dalam lif itu ada beberapa orang lain, termasuk seorang pemuzik mengalami kecederaan dan seorang petugas perubatan. Lif tersangkut di antara tingkat tiga dengan empat di kawasan parkir.

“Kami sudah menekan loceng kecemasan, tetapi tiada siapa mendengar kerana kawasan itu tidak ramai orang lalu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu, keadaan menjadi lebih sukar apabila mereka mendapati telefon bimbit tidak mendapat liputan sepanjang berada di dalam lif berkenaan.

Situasi itu memaksa pengurusnya mengambil inisiatif membuka sedikit pintu lif bagi membolehkan mereka mendapatkan isyarat telefon dan menghubungi pihak luar untuk meminta bantuan.

“Pengurus saya cuba membuka sedikit pintu lif kerana langsung tiada liputan telefon di dalamnya.

“Selepas pintu berjaya dibuka sedikit, barulah kami mendapat liputan telefon dan menghubungi pasukan saya serta pihak penganjur untuk mendapatkan bantuan juruteknik.

“Hampir 40 minit juga saya terperangkap dalam lif itu. Apabila pintu akhirnya dibuka, kami terpaksa memanjat untuk keluar,” ujarnya pada majlis pelancaran video muzik Kisah Yang Hampir Sempurna , di sini, hari ini.

Berkongsi keadaan dirinya sepanjang insiden tersebut, Ara berkata dia tidak terlalu panik, sebaliknya lebih memikirkan tindakan perlu dilakukan bagi menghadapi situasi berkenaan.

Bagaimanapun, dia bersyukur pengurusnya berada bersama ketika kejadian kerana kehadiran individu itu sedikit sebanyak membantunya menghadapi detik mencemaskan tersebut.

“Saya sebenarnya tidak terlalu panik. Saya cuma tertanya-tanya apa perlu dilakukan dalam situasi itu. Nasib baik pengurus saya ada bersama. Kalau saya terperangkap seorang diri, mungkin saya langsung tidak tahu apa perlu dibuat.

“Rasanya saya hanya akan duduk dan reda menunggu sehingga pintu lif dibuka. Nasib baik ketika kejadian tidak terlalu ramai orang berada dalam lif. Ada sekitar lima atau enam orang sahaja, jadi keadaan tidaklah terlalu sesak.

“Selepas kejadian itu, saya okey sahaja. Cuma ketika hendak pulang ke bilik, saya terpaksa menggunakan tangga kerana lif tersebut memang tidak boleh digunakan,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Ara baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna , hasil ciptaan bersama komposer tempatan, Aepul Roza dan Daus Drama Band.

Pada masa sama, penyanyi itu turut mengumumkan bakal mengadakan Showcase Sedekad BersuAra Johari di Robert’s Theater, The Campus Ampang, pada 30 November ini. – KOSMO! ONLINE.

The post Ara Johari terperangkap 40 minit dalam lif, terpaksa memanjat keluar appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:0021:00
Latest 21:07 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 19:06 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    19:06

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Ara Johari terperangkap 40 minit dalam lif, terpaksa memanjat keluar · Malaysian Attention Engine