Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia51630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri50Jet bawa dadah: Keterangan broker dedah lelaki Filipina sewa jet peribadi, miliki rekod dadah46Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz45[VIDEO] Warga emas pandu kereta 130 meter di landasan KTMB44Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44General : Federal-state Cooperation Key To Inclusive, Sustainable Development – Anwar42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching41KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot41Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS
AcceleratingConfirmedupdated 32 min ago

Jet bawa dadah: Keterangan broker dedah lelaki Filipina sewa jet peribadi, miliki rekod dadah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
50
+300% / 60 min
Momentum
55
3 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 20:23 MYTLatest activity 13 Oct, 20:38BMconfidence 89%

What happened

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Filipina yang mempunyai rekod kesalahan dadah di negaranya dipercayai individu yang menyewa jet peribadi tempatan bagi menyeludup 521 kilogram (kg) dadah dari Laos ke Filipina.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengenal pasti sindiket dan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di Malaysia.Menurutnya, sehingga kini, JSJN telah merakam percakapan beberapa orang saksi termasuk seorang individu warga Malaysia yang bertindak sebagai broker bagi menguruskan penyewaan pe (Sinar Harian, 20:23)

Read the reporting

3 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Rampasan dadah di Laos: Polis kenal pasti bekas juruterbang, seorang wanita antara dua warga Filipina terbabit

By Austin Camoens · 13 Oct, 20:35 MYT

austin@nst.com.my

Kuala Lumpur: Polis kenal pasti seorang bekas juruterbang warga Filipina yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah serta seorang wanita warga negara itu yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa, susulan rampasan lebih setengah tan methamphetamine dari sebuah jet persendirian di Laos.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan mendapati bekas juruterbang berusia 54 tahun itu menyewa pesawat berkenaan menerusi seorang broker dari Malaysia, manakala wanita berusia 51 tahun pula dipercayai bertindak sebagai penyelaras sindiket.

Menurutnya, perkembangan terbaharu itu diperoleh hasil siasatan terhadap rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos yang turut menyaksikan penahanan seorang pembantu juruterbang warga Malaysia.

"Siasatan mengenal pasti sindiket berkenaan serta individu di Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Setakat ini, JSJN sudah merakam keterangan beberapa saksi termasuk seorang warga Malaysia yang bertindak sebagai broker bagi menguruskan penyewaan pesawat berkenaan.

"Individu itu mendedahkan bahawa pesawat terbabit disewa oleh seorang lelaki warga Filipina yang dikenal pasti sebagai bekas juruterbang dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah di Filipina," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Hussein berkata, pihaknya turut mengenal pasti seorang wanita warga Filipina yang dipercayai memainkan peranan sebagai penyelaras dalam operasi sindiket berkenaan.

Beliau berkata, Unit Siasatan Khas JSJN mengetuai siasatan kes itu mengikut Seksyen 34 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan Seksyen 34 adalah berkaitan pakatan sulit atau perbuatan persediaan di Malaysia bagi kesalahan pengedaran dadah yang dilakukan di luar negara.

Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) bagi mendapatkan maklumat lanjut serta membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kerjasama itu bertujuan mengenal pasti pembabitan individu yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan, selain mengesan pihak lain yang mungkin membantu melancarkan operasi pengedaran dadah itu.

Pada 1 Oktober lalu, pihak berkuasa Laos merampas kira-kira 521 kilogram methamphetamine daripada sebuah jet persendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Seramai 13 individu ditahan pihak berkuasa Laos berhubung kes itu, termasuk seorang pembantu juruterbang warga Malaysia.

Siasatan polis Malaysia kemudian mendapati pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, menuju Luang Prabang tanpa membawa sebarang kargo.

Pesawat itu dipercayai disewa bagi membawa dadah dari Laos ke Manila, Filipina.

Pada sidang media 9 Oktober lalu, Hussein mendedahkan pesawat itu disewa dengan bayaran 49,500 dolar Amerika Syarikat (kira-kira RM209,000) untuk membawa penghantaran yang diisytiharkan sebagai barangan dari Laos ke Filipina.

Beliau dilaporkan berkata, penyiasat percaya individu yang menguruskan penyewaan pesawat itu adalah warga Filipina dan maklumat mengenainya sudah dikongsi dengan pihak berkuasa negara berkenaan bagi membantu usaha mengesan serta menahan pihak yang bertanggungjawab.

Di Malaysia, polis turut menahan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 49 tahun yang memiliki sebuah syarikat penerbangan berkaitan dengan jet persendirian terbabit.

Hussein berkata, JSJN kekal komited membanteras sindiket pengedaran dadah serta memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa 521 kilogram methamphetamine yang dirampas daripada jet persendirian itu diisytiharkan sebagai produk vape dalam manifes kargo pesawat bagi menyembunyikan penghantaran dadah yang dipercayai menuju ke Manila.

Pesawat yang dimiliki syarikat penerbangan kendalian Malaysia itu dipintas pihak berkuasa Laos di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada 1 Oktober lalu sebelum dadah berkenaan sempat dibawa ke Filipina.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • 3 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51first news pick-upNEWRISINGnow21:00
Latest 21:02 MYT
50Accelerating
Mentions / h3Velocity0.05/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +300%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +300% with positive acceleration

Where it started

Sinar Harian (News)
13 Oct, 20:23 MYT
Origin confidence 90% · 13 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    20:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.