Malaysian Attention Engine
Live wire
49Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok47Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR46Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution46SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38Johari Abdul hargai khidmat pegawai kedutaan Malaysia di luar negara37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan35Lee Zii Jia Mohon Injunksi Interim, Sekat Bapa & Kakak Buat Keputusan Kewangan Syarikat35General : New-generation MyKad: 202,829 Pieces Issued In 25 Days35Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Azeez Rahim pakai baju lokap ungu atas kehendak sendiri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 10:36 MYTLatest activity 13 Oct, 10:36BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Azeez Rahim pakai baju lokap ungu atas kehendak sendiri

By ASLINDA NASIR · 13 Oct, 10:36 MYT

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, hadir ke mahkamah pada 9 September 2026 dengan memakai baju lokap ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bergari atas kehendak sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, isu penggantungan pemakaian baju lokap bagi tahanan reman tidak timbul kerana pakaian berkenaan hanya digunakan ketika tahanan berada di dalam lokap dan bukan ketika dibawa ke mahkamah.

“Berhubung dengan penggantungan pemakaian baju lokap bagi tahanan reman, Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A118 berkaitan Orang-Orang Tahanan dan Lokap Polis menetapkan bahawa seseorang tahanan yang dibawa ke mahkamah hendaklah memakai pakaian yang dipakai semasa ditangkap, melainkan pakaian tersebut telah dijadikan barang kes.

“Dalam keadaan tersebut, pakaian yang bersesuaian hendaklah disediakan kepada tahanan. Sehubungan itu, isu penggantungan pemakaian baju lokap tidak timbul kerana pakaian tersebut digunakan semasa tahanan berada di dalam lokap sahaja dan bukan ketika dibawa ke mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) sama ada benar bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim hadir ke mahkamah pada 9 September 2026 dengan baju lokap ungu PDRM dan bergari atas kehendaknya sendiri serta mengapa syarat pemakaian baju lokap ungu bagi permohonan reman tidak digantung.

Katanya lagi, isu penggantungan pemakaian baju lokap tidak timbul kerana pakaian tersebut hanya digunakan ketika tahanan berada di dalam lokap dan bukan semasa dibawa ke mahkamah.

“PDRM akan terus memastikan prosedur pengurusan tahanan dilaksanakan secara teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa, termasuk dalam urusan membawa tahanan ke mahkamah,” katanya.- UTUSAN

The post Azeez Rahim pakai baju lokap ungu atas kehendak sendiri appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.