
Bekas pramugari dalang bawa masuk warga China ke Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
HAT YAI (THAILAND): Seorang bekas pramugari warga China yang disyaki menjadi dalang sindiket membawa masuk warga negara itu merentasi sempadan Thailand-Malaysia dicekup pihak berkuasa Thailand, kelmarin. (Utusan Malaysia, 07:25)
Read the reporting
1 report
Bekas pramugari dalang bawa masuk warga China ke Malaysia
HAT YAI (THAILAND): Seorang bekas pramugari warga China yang disyaki menjadi dalang sindiket membawa masuk warga negara itu merentasi sempadan Thailand-Malaysia dicekup pihak berkuasa Thailand, kelmarin.
Suspek berusia 34 tahun ditahan pukul 10 pagi bersama tiga warga China dan seorang rakyat tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pemandu, berhampiran sebuah hotel di pusat bandar ini.
Jurucakap Polis Daerah Hat Yai berkata, serbuan itu hasil maklumat risikan dan pemantauan terhadap kegiatan sindiket pemerdagangan manusia melintasi sempadan Thailand-Malaysia sejak lebih sebulan lalu.
“Pasukan operasi kemudian menahan semua suspek ketika berada di dalam sebuah kenderaan. Siasatan awal mendapati dua lelaki warga China memasuki Thailand dari Malaysia di sempadan Wilayah Narathiwat-Kelantan tanpa dokumen sah dan dalam perjalanan ke Bangkok.
“Seorang lagi suspek memiliki pasport Republik Vanuatu, negara di Lautan Pasifik Selatan. Namun, siasatan lanjut mendapati dia merupakan warga China,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jurucakap itu berkata, bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan China itu didapati melanjutkan pelajaran di Thailand namun pada masa sama bertindak sebagai orang tengah bagi rakyat negaranya yang ingin masuk atau keluar dari Thailand serta Malaysia sama ada secara sah atau haram. – UTUSAN
The post Bekas pramugari dalang bawa masuk warga China ke Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.