
Bersolek setiap hari punca jerawat?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Penggunaan solekan setiap hari tidak semestinya merosakkan kulit. (Utusan Malaysia, 10:45)
Read the reporting
1 report
Bersolek setiap hari punca jerawat?
Penggunaan solekan setiap hari tidak semestinya merosakkan kulit.
Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kulit seseorang berjerawat, bintik putih, kemerahan dan kegatalan.
Antaranya ialah pemilihan produk yang tidak sesuai, cara menanggalkan solekan yang tidak betul dan kebersihan alat solekan yang diabaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Lovina, Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd. Salleh berkata, masalah kulit akibat penggunaan solekan bukan hanya bergantung pada jenis produk, malah turut dipengaruhi oleh cara solekan digunakan dan dibersihkan.
Salah satu masalah yang boleh berlaku ialah acne cosmetica, iaitu jerawat yang dikaitkan dengan penggunaan kosmetik.
Ia lazimnya dikesan dengan kemunculan bintik-bintik kecil atau whitehea d pada wajah yang kerap disapu solekan.
“Biasanya, ia bermula dengan benda-benda kecil seperti whitehead, ” katanya.
Kulit berminyak tetapi dehidrasi
Menurut Dr. Hamidah, penggunaan solekan tidak meningkatkan penghasilan minyak kulit secara langsung kerana keadaan itu lebih dipengaruhi oleh faktor hormon dan genetik.
Bagaimanapun, produk yang terlalu berat atau berminyak boleh bercampur dengan minyak semula jadi kulit sehingga menyumbat pori dan mencetuskan jerawat.
Tabiat membersihkan wajah secara berlebihan atau menggosok terlalu kuat juga boleh merosakkan lapisan pelindung kulit, sekali gus menyebabkan permukaannya kering walaupun masih berminyak.
“Ini menyebabkan kulit di bahagian atas kering tetapi di bawahnya berminyak. Itu yang kita panggil minyak tetapi dehidrasi.
“Keadaan makin buruk apabila ditambah lagi dengan produk solekan.
“Ia menyebabkan pori-pori tersumbat dan kitaran itu akan berulang,” jelasnya.
Pewangi cetus iritasi
Dr. Hamidah berkata, individu yang mempunyai ekzema atau kulit sensitif perlu lebih berhati-hati ketika memilih produk solekan kerana sesetengah bahan boleh menyebabkan iritasi.
Antara bahan yang perlu diberi perhatian ialah pewangi dan bahan pengawet tertentu.
Dia turut mengingatkan produk berasaskan bahan semula jadi tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.
Bagi individu yang mempunyai kulit berminyak, produk berlabel non-comedogenic boleh dipertimbangkan kerana dirumus untuk mengurangkan risiko pori tersumbat.
Namun, kesesuaiannya tetap bergantung pada keadaan kulit setiap individu.
Reaksi terhadap sesuatu produk juga tidak semestinya berlaku serta-merta, sebaliknya boleh muncul secara beransur-ansur.
Justeru, pengguna perlu menghentikan pemakaian produk sekiranya mengalami kemerahan, kegatalan atau ketidakselesaan pada kulit.
Kulit perlu rehat
Nasihatnya, pengguna perlu meluangkan sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu tanpa solekan bagi mengurangkan geseran pada kulit akibat proses menyapu dan menanggalkan mekap.
Tempoh itu juga membolehkan pengguna memerhatikan keadaan kulit tanpa penggunaan produk kosmetik dan mengenal pasti kemungkinan produk yang mencetuskan masalah.
Dalam masa sama, rutin penjagaan kulit sebelum dan selepas bersolek perlu diberi perhatian, termasuk penggunaan pencuci lembut, pelembap sesuai dan produk yang membantu memulihkan lapisan pelindung kulit.
Pengguna juga disarankan memakai pelindung matahari sebelum bersolek serta memastikan sisa solekan dibersihkan sepenuhnya selepas digunakan.
Bahan aktif seperti retinol pula perlu dielakkan ketika kulit mengalami keradangan bagi mengelakkan iritasi bertambah teruk.
Jaga kebersihan alat solek
Selain pemilihan produk, kebersihan alat solekan seperti berus dan span juga perlu dijaga bagi mengurangkan risiko masalah kulit.
Tambahnya, span perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali seminggu atau diganti apabila perlu.
Pengguna juga tidak digalakkan berkongsi produk solekan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko pencemaran.
Selain itu, tempoh penggunaan produk selepas dibuka perlu dipatuhi. Sebagai contoh, maskara disarankan digunakan selama kira-kira tiga bulan selepas dibuka dan tidak disimpan terlalu lama.
Dr. Hamidah turut mengingatkan pengguna supaya mengurangkan penggunaan solekan secara berlapis-lapis dan memilih produk yang sesuai dengan keadaan kulit serta mudah ditanggalkan.
“Tidak salah bersolek cuma pastikan cara pakai, basuh dan pemilihan produk solekan itu.
“Selain itu, pastikan juga ia tidak tamat tempoh, sesuai dengan kulit dan span ditukar.
“Kalau sudah naik merah-merah, hentikan penggunaan solekan itu,” katanya.
The post Bersolek setiap hari punca jerawat? appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.