Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia51630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri50Jet bawa dadah: Keterangan broker dedah lelaki Filipina sewa jet peribadi, miliki rekod dadah46Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz45[VIDEO] Warga emas pandu kereta 130 meter di landasan KTMB44Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44General : Federal-state Cooperation Key To Inclusive, Sustainable Development – Anwar42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching41KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot41Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bolivia siasat bekas presiden pertama Orang Asli terbabit kes bunuh

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 18:40 MYTLatest activity 13 Oct, 18:40BMconfidence 60%

What happened

LA PAZ: Pihak pendakwa raya Bolivia telah mengumumkan siasatan rasmi terhadap bekas presiden berhaluan kiri, Evo Morales atas dakwaan penglibatan beliau dalam kes pembunuhan dan penyeksaan warga Eropah pada tahun 2009. (Utusan Malaysia, 18:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Bolivia siasat bekas presiden pertama Orang Asli terbabit kes bunuh

By ISZ YUSLIZA · 13 Oct, 18:40 MYT

LA PAZ: Pihak pendakwa raya Bolivia telah mengumumkan siasatan rasmi terhadap bekas presiden berhaluan kiri, Evo Morales atas dakwaan penglibatan beliau dalam kes pembunuhan dan penyeksaan warga Eropah pada tahun 2009.

Tujuh belas tahun lalu, pihak polis telah menyerbu sebuah hotel di bandar Santa Cruz yang mengakibatkan kematian tiga individu akibat tembakan, iaitu Eduardo Rozsa Flores (warganegara Bolivia-Croatia), Michael Dwyer (warganegara Ireland) dan Arpad Magyarosi (warganegara Hungary-Romania).

Dua lagi individu iaitu Mario Tadic (warganegara Bolivia-Croatia) dan Elod Toaso (warganegara Hungary) terselamat. Pentadbiran Morales pada masa itu mendakwa bahawa Flores mengetuai usaha mendorong gerakan pemisah dengan sokongan kewangan daripada golongan elit ekonomi sayap kanan di Santa Cruz.

Bertindak atas aduan yang dikemukakan oleh wakil rakyat sayap kanan, Tomasa Yarhui dan Rodrigo Antonio, Pemangku Peguam Negara, Jose Armando Urioste mengumumkan siasatan awal terhadap Morales.

Dalam surat kepada Mahkamah Agung, pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka sedang mengumpulkan keterangan terhadap Morales dan bekas naib presidennya, Alvaro García Linera atas dakwaan melakukan jenayah pembunuhan, penderaan, penyeksaan dan penahanan haram.

Ketika serbuan itu berlaku, Morales pernah memberitahu pihak media semasa lawatan rasmi ke Venezuela bahawa beliau sendiri mengarahkan penahanan warga asing terbabit yang disifatkannya sebagai tentera upahan.

Keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat sebelum ini pernah membawa kes tersebut ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Inter-Amerika, yang memutuskan pada tahun 2021 bahawa kerajaan telah melanggar hak asasi manusia.

Morales, yang merupakan pemimpin Orang Asli pertama menerajui Bolivia, kini dilaporkan bersembunyi bagi mengelakkan dua waran tangkap terhadapnya.

Waran tersebut masing-masing berkaitan dengan dakwaan peranan beliau dalam protes besar-besaran yang melumpuhkan negara selama 53 hari pada awal tahun ini dan pertuduhan pemerdagangan di bawah umur.

Beliau bagaimanapun menafikan kesemua dakwaan tersebut. – AGENSI

The post Bolivia siasat bekas presiden pertama Orang Asli terbabit kes bunuh appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow19:0020:0021:00
Latest 21:07 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 18:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bolivia siasat bekas presiden pertama Orang Asli terbabit kes bunuh · Malaysian Attention Engine