
Bumi semakin panas, populasi penguin susut
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DI sebuah pulau gunung berapi terpencil di tengah lautan sub-Antartika, satu fenomena yang membimbangkan sedang berlaku. (Kosmo!, 11:07)
Read the reporting
1 report
Bumi semakin panas, populasi penguin susut
DI sebuah pulau gunung berapi terpencil di tengah lautan sub-Antartika, satu fenomena yang membimbangkan sedang berlaku.
Koloni penguin chinstrap yang dikenali sebagai terbesar di dunia kini kehilangan hampir dua pertiga populasi dalam tempoh 14 tahun.
Ini menjadi petunjuk jelas bahawa perubahan iklim tidak hanya mengancam kawasan yang dekat dengan manusia, malah menjejaskan hidupan liar di lokasi paling terpencil di Bumi.
Kajian terbaharu penyelidik British Antarctic Survey (BAS) mendapati bahawa jumlah sarang chinstrap yang diduduki di Pulau Zavodovski, Kepulauan South Sandwich merosot sebanyak 63 peratus antara 2011 hingga 2025.
Menurut ahli ekologi BAS dan penulis utama kajian, Prof. Norman Ratcliffe, populasi penguin pembiak yang sebelum ini dianggarkan sekitar 1.09 juta ekor kini hanya tinggal kira-kira 402,000 ekor dan amat membimbangkan.
“Apabila kami tiba di pulau-pulau itu dan melihat kemerosotan yang sangat membimbangkan, anda boleh melihat bagaimana populasinya telah mengecil.
“Malah ketika berada di lapangan, jelas kelihatan kawasan luas yang dahulunya dipenuhi sarang, namun kini kosong,” katanya dalam portal Sky News.
Tambahnya, kemerosotan lebih setengah juta ekor itu menyebabkan Pulau Zavodovski kehilangan status sebagai lokasi koloni penguin terbesar dunia, dengan kedudukan berkenaan kini dipercayai beralih kepada Cape Adare di Laut Ross.
Ratcliffe menggambarkan perubahan yang berlaku itu sebagai ‘a huge collapse’, sambil menjelaskan bahawa penyelidik dapat melihat sendiri kawasan sarang yang suatu ketika dahulu dipenuhi penguin, kini berubah menjadi ruang kosong.
Pulau Zavodovski sendiri bukanlah tempat yang mudah untuk dikunjungi. Terletak kira-kira 2,000 kilometer dari penempatan manusia terdekat, pulau itu merupakan gunung berapi aktif dengan bentuk muka bumi yang curam dan dikelilingi lautan bergelora.
Penyelidik BAS terpaksa melakukan perjalanan laut yang panjang untuk sampai ke kawasan berkenaan, sebelum menggunakan gabungan tinjauan dron, fotografi udara dan kaedah pemantauan lain bagi menilai keadaan koloni penguin.
Kajian terbaharu penyelidik BAS mendapati bahawa jumlah sarang penguin chinstrap yang mendiami Pulau Zavodovski, Kepulauan South Sandwich semakin merosot.
“Para saintis percaya, perubahan iklim merupakan antara faktor utama yang mendorong kepada kemerosotan tersebut.
“Penguin chinstrap bergantung kepada kril Antartika sebagai sumber makanan utama. Biasanya, ia mencari makanan di perairan yang lebih sejuk berhampiran pulau,” ujarnya.
Namun, peningkatan suhu laut menyebabkan kril bergerak ke kawasan lebih selatan, sekali gus menjadikan sumber makanan semakin sukar dicapai oleh penguin berkenaan.
Malah, keadaan itu memberi tekanan kepada spesies yang mempunyai diet khusus berkenaan.
Menariknya, kemerosotan itu tidak berlaku kepada semua spesies penguin di Pulau Zavodovski.
Populasi penguin macaroni dilaporkan meningkat berbanding keadaan pada 2011, dan kekal lebih stabil.
Perbezaan tersebut menunjukkan bagaimana perubahan persekitaran boleh memberi kesan yang berbeza kepada spesies berkongsi habitat sama, bergantung kepada diet dan keupayaan spesies pinguin menyesuaikan diri.
Penyelidik turut menolak beberapa kemungkinan lain sebagai punca utama kemerosotan, termasuk persaingan mendapatkan ruang bersarang, aktiviti perikanan kril serta letusan gunung berapi pada 2016 hingga menyelaputi sebahagian kawasan pulau dengan abu.
Corak penurunan yang berlaku secara berterusan itu menyokong kaitannya dengan perubahan lautan dan iklim.
Seorang penyelidik BAS khusus dalam kajian penguin, Peter Fretwell menyifatkan penemuan itu sebagai satu lagi contoh bagaimana iklim yang semakin panas memberi kesan sehingga ke kawasan paling terpencil di Bumi.
“Kehilangan lebih setengah juta penguin dalam satu koloni bukan sekadar angka statistik.
“Ia menggambarkan perubahan besar terhadap ekosistem Antartika yang bergantung kepada keseimbangan antara ais laut, suhu lautan dan sumber makanan.
“Pulau Zavodovski mungkin jauh daripada kehidupan manusia, namun nasib penguin di pulau itu memberi peringatan bahawa perubahan iklim mempunyai kesan merentasi sempadan geografi.
“Ini termasuk di kawasan yang dianggap sebagai antara tempat paling liar dan tidak terusik di dunia,” kongsinya.
The post Bumi semakin panas, populasi penguin susut appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.