
Generasi cemerlang perlu nilai insani
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DUNIA hari ini mengejar segala kejayaan yang umumnya diukur dari sudut material. (Utusan Malaysia, 08:00)
Read the reporting
1 report
Generasi cemerlang perlu nilai insani
DUNIA hari ini mengejar segala kejayaan yang umumnya diukur dari sudut material.
Markah terbaik, pendapatan tertinggi, nama termegah, semua itu menjadi tanda aras pencapaian yang cemerlang dan tanda kehebatan kita.
Kekuatan ekonomi merupakan antara faktor penting dalam menentukan tahap kejayaan sesebuah negara. Justeru, kita berusaha memajukan sektor ekonomi yang dapat menjana keuntungan lebih besar.
Namun, di sebalik kemajuan teknologi dan kejayaan negara, kita terpaksa berhadapan dengan krisis sosial yang semakin lama semakin membimbangkan.
Hal ini membawa satu persoalan penting iaitu, adakah proses pembangunan insan gagal dipacu seiring dengan proses pembangunan fizikal negara? Adakah ketidakseimbangan ini menjadi antara punca masalah moral dalam kalangan generasi muda yang semakin menjadi-jadi?
Sejak sekian lama, kerajaan demi kerajaan merangka pelbagai rancangan pendidikan yang terbaik di semua peringkat untuk membentuk anak bangsa menjadi insan terbilang, bukan sahaja dari sudut ilmu tetapi juga dari segi akhlak dan amanah.
Sekolah dan pusat pendidikan tinggi didirikan lengkap dengan pelbagai persediaan serta peralatan untuk memberikan pendidikan terbaik kepada setiap anak bangsa.
Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan juga melakukan pelbagai inisiatif seperti program-program pembangunan insan dengan pelbagai pendekatan seperti ceramah, kursus dan latihan untuk para pelajar, sejak di bangku sekolah sehinggalah berada di institut pengajian tinggi (IPT).
Namun, setakat manakah berjaya mencapai hasrat yang kita inginkan? Mengapakah semakin maju dunia, semakin bercelaru pula pemikiran dan kehidupan anak muda?
Masalah kita berpunca daripada usaha yang berpusat pada kejayaan material semata-mata. Dalam konteks pendidikan, kejayaan material ini ialah kejayaan akademik yang berasaskan buku teks, hanya mementingkan gred dan markah tinggi, tanpa memberi peduli terhadap sifat insani.
Hal ini menyebabkan kita mengabaikan usaha memupuk nilai dan akhlak yang terpuji, lalu melahirkan insan yang jauh dari nilai-nilai kemanusiaan.
Kita seolah-olah terkeliru dengan cara kecerdasan buatan (AI) berfungsi. Kita memberi ‘buku tebal’ serta arahan demi arahan, kemudian menganggap hal itu sudah memadai dalam melatih sistem yang canggih dan serba berkebolehan. Walhal, perihal masyarakat bukanlah semudah itu untuk dibentuk dengan baik.
Pada zaman yang mana kita menghadapi masalah seperti rasuah yang berleluasa, ramai yang menganggap penyelesaiannya semudah memaksa anak-anak untuk menghadiri ceramah demi ceramah, kursus demi kursus, peperiksaan demi peperiksaan yang menekankan kepentingan amanah dan integriti.
Sebaliknya, ciri-ciri insani tidak boleh dibentuk melalui pendidikan material dan pendekatan buku teks. Ia mesti dibentuk dengan cara menjiwai nilai-nilai tersebut, bukan dengan mengajar semata-mata.
Saya pasti jika ditanya kepada pesalah rasuah, mereka tahu perbuatan tersebut salah dan mereka juga sedar akan apa yang dilakukan.
Rasuah bukan berlaku secara tidak sengaja hanya kerana seseorang belum menghadiri kursus tentang cara menghindarinya.
Penyelesaian ini ibarat menyelesaikan masalah pembunuhan dengan mengajar orang awam yang membunuh akan meragut nyawa, seolah-olah pembunuh selama ini tersilap membunuh kerana tidak tahu perbuatan itu akan menyebabkan kematian.
Begitulah juga dengan masalah akhlak lain. Kita tidak boleh menyelesaikan segala-galanya hanya dengan melakukan kursus dan ceramah, lagi-lagi peperiksaan.
BERSIFAT HOLISTIK
Usaha pembinaan insan harus dijalankan sejak awal dan secara berterusan. Caranya haruslah bersifat realistik serta sesuai dengan kelompok sasaran, dan bukannya dibuat sekedar melepaskan batuk di tangga.
Jika ingin membentuk seorang pemimpin, tidak boleh sekadar menghantar anak ke kursus kepimpinan dan terus melihat mereka menjadi pemimpin yang berjaya.
Kursus dan ceramah bukan sahaja membebankan mereka dengan lebih banyak teori untuk dihafal tetapi juga mencipta satu tanggapan palsu seolah-olah teori ini cukup untuk menjadikan mereka hebat dan megah.
Jiwa anak muda tidak dapat dibentuk dengan hanya mendengar ceramah, menghadiri forum atau mengikuti kursus. Apatah lagi jika mereka tidak berminat dengan topik yang disampaikan. Berapa peratuskah daripada mereka akan menaakul apa yang sedang diperkatakan?
Pakar pendidikan berkali-kali bercakap tentang masalah tempoh tumpuan dalam kalangan anak muda yang semakin berkurangan. Justeru, faktor sebegini harus diambil kira oleh semua pihak yang bertanggungjawab memegang amanah ini.
Rancangan yang baik harus dilaksanakan dengan cara yang berkesan, jika tidak kita hanya membazirkan waktu dan sumber, sekadar untuk melepaskan tanggungjawab semata-mata, lalu berlagak kerana kononnya berjaya.
Sifat insani tidak boleh dibentuk hanya melalui penyertaan dalam program di sekolah dan universiti semata-mata. Peranan ibu bapa ialah tonggak utama dalam membina peribadi anak-anak. Inilah yang mesti ditekankan, bukan kuliah dan buku teks.
Peranan institusi pendidikan adalah untuk memberi pendedahan kepada dunia luar rumah, bukan untuk membebankan pelajar dengan berjam-jam kelas semata-mata.
Cara terbaik untuk memberi pendedahan kepada anak tentang hal semasa adalah dengan melibatkan mereka dalam pengurusan sebenar, seperti melalui program khidmat masyarakat.
Dengan menjalani program sebegini, mereka bukan sahaja dapat belajar tentang pengurusan semata-mata tetapi juga dapat membentuk ciri-ciri kepimpinan melalui pengalaman.
Kebertanggungjawapan mereka juga akan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang amanah, tanpa perlu disebut satu per satu.
Meskipun perkara sebegini tidak dapat menyelesaikan segala-galanya dengan sepetik jari, namun ia lebih baik daripada penyelesaian bilik darjah yang sering ditekankan kini.
Malah, ada pula pusat pendidikan yang kini membuang kursus amali sebegini untuk digantikan dengan tambahan kuliah demi kuliah, ceramah demi ceramah, teori demi teori yang dianggap sebagai penyelesaian segala-galanya.
Jika kita sendiri masih sekadar mencari penyelesaian material, maka jangan hairanlah apabila gagal membangun sebuah generasi yang bersifat insani.
Jangan hairanlah apabila anak-anak kita melakukan apa-apa sahaja tidak kira batas amanah demi mencapai matlamat material. Itulah yang kita ajarkan selama ini, dan itulah yang mereka akan lakukan. – UTUSAN
PENULIS ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
The post Generasi cemerlang perlu nilai insani appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.